Pages

Sunday 22 November 2015

Bercuti ke New Zealand : Day 3 (Hooker Valley)

Mt. COOK

Hari ketiga di NZ adalah hari yang sangat membosankan sebab cuaca tak nak bekerjasama. Mereputla dalam bilik kan walaupn forecast kata hujan kejap tapi jangan mudah percaya. Percayalah cuaca dekat Mt cook sangat susah diramal. Semalam punyalah panas, langit membiru. Malam tu tup-tup angin kuat kemain, kalau keluar bilik memang rasa nak terbang and of course sangat sejuk. Coverage internet vodafone dekat Mt. cook tak berapa nak bekerjasama so sebagai alternatif untuk orang yang tak boleh berpisah dengan media sosial ni kan haruslah menggunakan internet berbayar hotel. Nasib murah, NZD4/ day. Ada beberapa benda lain yang korang kena tahu pasal hotel dan Mt. Cook :

  1. Mt. Cook hanya ada 1 petrol station dang rupanya tidaklah seperti petrol station haha
  2. Kebanyakan hotel (macam lah banyak, ada 3-5 hotel) ada coin-operated washing machine and dryer. Yeay, boleh basuh baju
  3. Mt cook ada banyak walk trail : the famous one, Hooker valley, Kea Point walk, Tasman valley dan banyak lagi, pilih mana yang berkenan di hati dan jarak setiap track adalah berlainan
  4. Cuaca tidak menentu
  5. Sangat cantik dan langsung tidak membosankan ;p
  6. Kawasan hotel-hotel, campsite dan petrol station dikenali sebagai Mt cook village (satu-satunya village di Mt cook yang saya tahu lah)

Nasi goreng

 Petrol station (hanya menggunakan card)


HOOKER VALLEY

Pagi tu after breakfast, terus drive selajunya ke hooker valley track sebab kata si forecast tu 4 jam je tak hujan. Mula-mula nampak lah jugak sinar cahaya matahari. Kejap ada, kejap tak de. Kalau nak try hooker valley track ni ambil masa 4 jam pergi-balik, kena bersedia segala baju (baju hujan) sebab cuaca tak menentu boleh berubah beberapa kelip mata, sila bawak air dan yang pasti view last tu orang kata sangatlah cantik, Hooker glacier lake siap ada bongkah ais. Track ni akan melalui jalan yang cantik, 3 suspension bridge dan dijamu dengan view mountains yang sangat cantik dan air sungai berwarna milky turqoise.

The start, nampak tak sinar matahari yang segan silu tu

Sebenarnya belakang view ni merupakan campsite untuk
 campervan atau motorhome 

Teringin pulak nak naik campervan bangun 
bukak tingkap nampak view ni kan

Yes, taken from campsite 

Jalan menuju ke Hookey Valley

View from first bridge

First suspension bridge

Tidak dapat dipastikan lake apekan nama diberi

Look at the colour

The track

 Close up 

My husband gigih berbabywearing, 
dekat sini boleh je pakai stroller taw, 
kawan i dah berjaya pun sampai ke penghujung

Jangan takbur, kita ni hanya hamba Allah yang kerdil

Cita-cita terpaksa dikuburkan disebabkan hujan yang melebat, 
hanya sampai second bridge 

Second bridge sahaja, moh la kita balik. aku kecewa

Pengalaman di Hooker Valley antara yang best dalam hidup. Memang terasa kerdil sangat bila dikelilingi gunung-ganang yang besar. Lepas balik dari Hooker Valley memang kitorang stay je dalam hotel sebab cuaca tidak mengizinkan sepanjang hari. 






0 comments:

Post a Comment