Pages

Monday 18 May 2015

PERTH : Roadtrip ke Margaret River (Beaches around dunsborough)

Dunsborough ni pekan yang paling utara bagi kawasan MR. Memang pantai bersepah dekat area dunsborough sampai juling tak ingat dah nama-nama pantai. Dan yang pasti semuanya cun melecun. 

Terletak di utara Margaret River dan berdekatan dengan pekan Busselton

Daripada Canal Rocks di Yallingup, kitorang terus ke Dunsborough. Tiada kesempatan nak melawat kesemua pantai sebab kekangan masa. Kalau ada rezeki lepas ni, nak menapak je dekat dunsborough main-main air, tengok sunrise dan sunset. Terlalu cantik. I wish to settle down dekat tempat macam ni. Langkawi maybe? Ok, back to the topic. Kitorang terus shoot ke Meelup Beach.


Meelup Beach ni mengingatkan tentang Malaysia

Ramai orang picnic, parking pun penuh

Walaupun cerah, tapi air dia macam air batu tauuu!

Lepas Meelup Beach, banyak lagi beaches lain seperti Eagle Bay, Castle Bay, Curtis Bay, Point Piquet Point, Shelley Cove dan Bunker Bay (tempat orang usha whales semasa musimnya). Piquet Beach dan Shelley Cove (ketika air tenang) sangat sesuai untuk aktiviti snorkeling. Kitorang tak sempat nak mandi, snorkeling, mandi ataupun duduk picnic lama sepanjang pantai-pantai. Hanya datang melihat-lihat, mengkagumi ciptaan Yang Maha Esa. Ada rezeki i surely explore this area. So beautiful i tell you haha.


 Piquet Point

Malas nak keluar dari kereta

Terpaku melihat pantai cantik macam ni

Bunker Bay

Agak banyak batu di sini

Tenang sungguh Bunkey Bay

Tempat last kitorang pergi sebelum balik ke hotel adalah Sugarloaf Rock. Kononnya nak ambik gambar sunset tapi bila difikir balik adalah lebih elok untuk balik balik awal ke hotel sebab seharian dah tengok pantai-pantai sampai mabuk pantai dah. diberi nama Sugarloaf Rock kerana bentuknya menyerupai bentuk sugarloaf. Ia merupakan batu granit yang seakan membentuk pulau di laut. Istimewanya Sugarloaf Rock ni, ia merupakan rumah kepada red-tailed bird pada bulan september-februari dan semestinya masa kitorang datang takde burung tu sebab dah bulan 4. Kalau bernasib baik, dolphin dan ikan paus (julai - oktober) juga dapat di lihat dari sini bermain-main. Antara aktiviti lain yang boleh dilakukan dekat Sugarloaf Rock ni memancing, scuba diving, explore the surrounding rocks dan kalau ombak mengizinkan bolehlah kalau nak surfing di sini.


Dari lookout Sugarloaf Rock di sebelah kanan

Breeding site for red-tailed bird

Itulah Sugarloaf rock nya

Memang nampak bentuk sugarloaf kan?

Batu-batu yang boleh diexplore atau dipanjat atau diambil gambar. 
Buatlah apa pun asal tidak membahayakan diri, orang lain ataupun tempat ini

















PERTH : Roadtrip ke Margaret River (Voyager Estate )

Margaret River memang famous dengan penghasilan wine antara yang terbaik di dunia. Dan kebanyakan visitors yang bercuti ke sini hajat utama nak mencuba pelbagai wine yang dihasilkan. One of the famous vineyard in MR is Voyager Estate. Located at Stevens Road, MR. Tidaklah kami ke sana untuk mencuba-cuba minuman itu, cumanya ingin melihat ladang anggur yang dikatakan antara yang tercantik di MR.  

Turut menyediakan tour bagi yang ingin melihat sendiri penghasilan wine and terdapat restaurant yang dikatakan mewah oleh sesape yang datang ke sini. Janganlah tanya saya, saya hanya bersiar-siar di pekarangan vineyard sahaja. Bolehla nak rujuk website untuk dapat info lebih berkenaan tour dan dll. http://www.voyagerestate.com.au/

Tidak jauh dari bandar Margaret River

Setiap barisan pokok anggur, ditanam pokok ros di hujungnya

Bagi pengetahuan semua, anggur bagi penghasilan wine dengan anggur yang kita makan tu adalah dari jenis yang berbeza. Anggur yang digunakan bagi penghasilan wine lebih kecik dan bentuknya bulat . Anggur yang kita makan tu pula dipanggil "table grape" dan terdapat beberapa varieties ataupun beberapa jenis lah senang cerita. Antaranya red globe dan crimpson seedless.

the vineyard

Red globe, bentuknya besar dan bulat serta berbiji
(ehsan google, nantilah cari mana entah gambar saya ambil di ladang hari tu)

Crimpson seedless, panjang-panjang, sangat crunchy dan manis

Pintu gerbang ros di Voyager Estate

Landskap jalan masuk ke restaurant

Proudly, made in Australia



They called it "Cape Dutch Cellar Door", inspired by the original farmstead of South Africa

Pokok yang ada

Lavender. tepi rumah pon banyak haha

Pondok di Rose Garden

Roses

I just cant remember the name of those roses

Purple

Aww, rambang mata

The landscape



A row of red roses

Rose Garden

Cantik dan kemas

Yellow, white, red, pink. You name it!

Red roses

Cantikkan?

Purple Roses lagi

Berapa kuntumlah ada dalam 1 stalk ni

Nangis tengok yang ni, cantiknya

Row of roses

Another row


Lavender








PERTH : Roadtrip ke Margaret River (Cape Lavender )

Kali ni, kita pergi ke Cape Lavender. Mulanya kami ingatkan ia ladang lavender tapi sangkaan kami jauh terpesong. Ianya cuma kedai menjual produk berasaskan lavender dan tea room, adalah beberapa gerombolan lavender yang di tanam di kawasan kedai tersebut. 

Kedai ini betul-betul di corner jalan masuk ke Canal Rocks yang merupakan salah satu tumpuan visitors. Sebelum atau selepas balik dari Canal Rocks bolehlah nak berehat-rehat di tea room dan beli souvenir apa yang patut. Terletak di cnr Caves & Canal Rocks, Yallingup WA atau boleh rujuk website http://www.lavenderonline.com.au/ untuk maklumat yang lebih lanjut. 

Betul-betul terletak di corner Caves & Canal Rocks Road

Bahagian tepi tea room

Pintu masuk

Antara produk yang ada

Body soap, lotion and essential oil

Bear-bear yang mewangi

Fresh flowers penyeri meja

Chocolate scone (only on easter day) and lavender scone with jam and fresh cream, yums

Lavender scone. i preferred chocolate scone


Lavender ice cream, yums