Pages

Thursday 18 June 2015

Perth: Roadtrip ke Esperance (Stonehenge)

Hari ni hari first puasa tahun ni. Kali ni puasa kali kedua di Perth disebabkan tahun lepas puasa di Malaysia atas urusan kerja yang sentiasa ada. Semoga Ramadhan kali ni lebih mendekatkan diri kita kepada Allah, amin. Tahun ni kitorang puasa dalam 11 jam gitu ke 10 jam eh.haha, dan berada dalam keadaan sejuk sampai tak terasa tengah berpuasa. Alhamdulillah atas segala nikmat. 

Ok, kita sambung lah perjalanan kita dekat Esperance. Sebenarnya tempat yang kitorang pergi ni terletak antara pekan Esperance dengan Cape Le Grand National Park dan dalam perjalanan kitorang pergi ke Cape Le Grand hari tu kitorang pun singgah sekali. Stonehenge ni monumen yang sengaja dibina sama saiz dengan yang ada di UK. So sape yang tak de rezeki lagi nak pergi yang ada kat UK tu boleh la datang sini.

Cost. Adults: $10. Concession: $8. Children (6-16): $5. Family (2 Adults | 2 Kids): $25 

Budak tu biasalah, buat hal dia

Masa kitorang datang ni macam nak hujan

Awan gelap

Dari bahagian luar

Sebelah dalam 

Xdelah unik sangat pun kan

Nampak tak office dia tu

Dekat tepi tu sebenarnya ada lembu besar, macam gajah

Memang menjadi pujaan budak-budakla kan tempat macam ni

Flip hair

Bentuk batu dia lagi sempurna berbanding di UK

Posing atas batu

Boring la mama, jom balik!
Wednesday 17 June 2015

Perth : Road Trip ke Esperance (Great Ocean Drive)

Ok semua kita sambung perjalanan kita ke Esperance dari Wave Rock. Perjalanan lebih kurang dalam 4 jam, singgah menunaikan hajat di salah satu pekan, Ravensthorpe. Pekan ni besar jugak kalau dibandingkan dengan pekan yang lain dan ada supermarket IGA, bolehla kalau nak beli air mineral atau tim tam ke. Perjalanan dari Perth ke Esperance ni memangla agak mencabar sebab apa, scary jugakkan kalau pekan yang korang lalu tu macam korang je yang hidup dalam tu. Ha, macam tu. Tapi takdelah semua pekan macam tu. Tapi jangan terkejut walaupun di pendalaman tandas dekat sini bersih-bersih tapi ada la jugak jumpa tandas yang agak kotor. Tu memang kes terpencil. Kitorang sampai je terus check in dekat apartment Esperance B&B by the Sea. Ni antara accommodation yang available masa tu sebab book lagi tiga hari nak pergi. Memang full. So, kalau pergi masa long weekend tu memang kena book hotel awal bagi menjamin keselesaan dan kemurahan. Kitorang check in, solat dan terus ke pekan Esperance. Ok, ni nak bagitahu  yang tempat menarik di Esperance ni boleh dibahagikan kepada beberapa tempat :

  • Cape Le Grand National Park
  • Pekan & Esperance Port
  • Great Ocean Drive (40km)

Great Ocean Drive (GOD) ni tak sama dengan Great Ocean Road di Victoria tapi tetap ada keistimewaannya tersendiri. Sepanjang  GOD ni akan nampak beberapa pantai dengan scenery yang tersendiri (22km), wind farm dan selebihnya akan lalu di tepi Pink Lake yang tak berapa nak pink. And i will tell you the secret about Pink Lake hehe. Link untuk map Great Ocean Drive: 


Dari Pekan Esperance, boleh nampak signboard Great Ocean Drive. Terus je ikut signboard tu ye. Nanti terus nampak pemandangan laut macam lukisan dan tempat persinggahan pertama haruslah Rotary Lookout.


ROTARY LOOKOUT

Sebahagian parking yang disediakan, nampak dah laut tu

Bila naik beberapa anak tangga akan nampak pemandngan ni

Di sebelah kiri

Cantikkan

Macam lukisan 

Di sebelah kanan, nampak dah West Beach


WEST BEACH

Nilah West Beach yang nampak dari jauh

Ada orang main bola tampar sejuk-sejuk ni

Macam biasa, dari dalam kereta

Crystal blue water

Blue Haven nama diberi

Walaupun langit tidak memberi kerjasama tapi kecantikannya tidak tergugat


SALMON BEACH

Salmon Beach

Other side of Salmon Beach


OBSERVATORY POINT

Husband kata ni port paling cantik, Observatory Point

Sebelah kiri Observatory Point


Bahagian hadapan


Letih nak naik tangga observatory point ni

Tangga kejayaan

Ramai orang memancing dekat batu-batu tu tapi kena extra careful 
sebab laut dekat sini sukar diduga

Berenti dekat car park tepi jalan mana tah

Sepanjang Great Ocean Drive

Lawa kan

Kereta yang banyak berjasa ;p


TWILIGHT BEACH

Twilight beach, pantai yang paling selamat untuk mandi di Esperance

Antara pantai yang tercantik di Australia 
sumber : http://www.travel-australia-bible.com/best-beaches.html

The rocky area or Twilight Beach

Anak beranak main pasir

Sejuk, berfikir 100 kali nak mandi

Main pasir

Siap pasang khemah, senang nak duduk-duduk atau tukar baju




SALT LAKE

Another part of great ocean drive, Pink lake yang not pink at all

It's a salt lake

memang besar pink lake ni


And this is the secret.


LAKE WARDEN

The pink colour of the lake

Named as Lake Warden

The colour of pink is due to the presence of algae that produces carotenoids. 
It's not pink all the year. When the lake water high in salinity and the right 
amount of sun hits the lake, the green algae turns into a mix of pink and red. 
Subhanallah, amazing!

 
look at the colour of the clouds

High concentration of salt esp during summer

sangat susah nak cari jalan ke sini