Pages

Monday 27 July 2015

Perth :Tempat beli anggur best area Swan Valley (Rangeview Vineyards)

Setiap kali musim anggur, dalam bulan 12-3 memang inilah tempat yang kitorang tuju. Kenapa tak beli je dekat pasar-pasar dekat dengan rumah? Selalu dah beli tapi rasanya haruslah lain kan. Kalau malas nak pergi jauh-jauh beli jelah dekat pasar tepi rumah. Kitorang dah try anggur dari beberapa vineyards dekat Swan Valley tapi nilah yang menepati citarasa kitorang. Anggur jenis sultana dia, manis dia! Fuh Fuh.. Amaran, jangan makan banyak sangat nanti mula lah nak sakit tekak, batuk dan demam. Manis sangat bak hang. Terletak di tepi jalan, Main Road Millendon WA, Australia, bukan sahaja menjual pelbagai jenis table grapes, ada juga tembikai yang sangat manis, rockmelon dan buah-buah lain. Kalau rasa pusing 2-3 kali Swan Valley tu tak jumpa, bolehlah tanya dekat visitor centre Swan Valley, jangan bersegan hati mereka pasti membantu.


inilah vineyardnya

Selalu tembikai yang lonjong lari murah dari yang bulat. Pernah beli $3 sebiji yang bulat tu. Maneeeh

Boleh cuba dulu sebelum beli

Nampak tak dekat papan hitam tu harga-harga dia. Our favourite of course la Sultana. 

Haa. Sekali beli sebiji tembikai, 3 biji rockmelon (range harga $1-$3), sekilo black beauty dan dua kilo sulatana buat bagi ke jiran sikit-sikit. Ada juga menjual garlic yang ditanam sendiri, tahan lama katanya tapi kami tak pernah beli. Mahal sungguh $20/bag, kadang pernah nampak $38/bag dekat kedai-kedai lain. 

Ladang anggur depa, best nooo tapi tak boleh pick ye

Tangkap gambar ke nak duduk ke, tuan tanah bagi 

Nampak buah dia tu

Bergayut, geram

Red globe kot ni, besar-besar buahnya





Tua dah pokok dia ni kan.






Resepi biskut famous amos rangup dan sedap

assalamualaikum everyone. Memang lama dah tinggalakan blog ni atas sebab kesibukan yang sengaja dicari hihi. Agak busy dengan bisnes nasi ambeng, tak delah busy mana pun. Kan dah kata busy yang sengaja dicari dan dibuat, ada yang nak mintak resepi? Rasanya semua orang pon boleh buat sebab resepi nya sangat mudah cuma pembikinannya rumit gitu. Musim raya ni semua pakat buat kuih raya sedap-sedap semua, terliur you, i yang di perantauan ni. Kuih apalah yang tengah "in" sekarang ni kan. Dah xpayah panjang-panjang kan. Hari ni nak share biskut yang bila bau buat kite tertoleh, haruslah biskut famous amos kan. Kalau lalu je depan kedai dia, fuhhhh, boleh terpusing leher 180 darjah tapi harga di kurus semangat. Makanya dengan zaman gst ni, eloklah kita buat sendiri, lagipun rasanya setanding dengan kat kedai tu. Mau gulung tikar semua dok niaga biskut famous amos. Resepi ni di ambil dari blog kak rima, Bisouatoi. Memang sedap, harum, rangup, semerbak, ha apa lagi mau. Memang terbaik. 





Bahan:

250 g salted butter
200g gula perang
1/4 tsp garam (saya tak masukkan)
1/2 tsp minyak kopi, coffee oil (saya ganti dengan coffee paste)
1 tsp ekstrak vanilla
1/4 cawan oat dikisar agak halus(saya guna nestum)
1/4 cawan serbuk badam (saya tak guna)
1 cawan badam (dibakar dan dikisar kasar), boleh guna mana jenis kacang yang kita suka
1 pek semi-sweet chocolate chips (saya guna dark choc chips cadbury 250g)
300 g tepung naik sendiri (boleh diganti dengan plain flour + 1/2 tsp baking powder)

Cara penyediaan:
At least 2 hour before, kacau telur, vanilla dan coffee oil
Preheat oven, 160 degree
Pukul butter, gula dan garam sehingga sebati.
Masukkan telur dan pukul.
Masukkan nestum, serbuk badam, kacang dan juga choc chips.
Masukkan tepung sedikit, demi sedikit dan diadun sehingga menjadi doh. (Dont overbeat).
bentukkan mengikut sukahati masing-masing dan bakar selama 10-20min.