Pages

Monday 2 November 2015

Adelaide :Part 1

Assalamaualaikum semua.

Lama tak mengupdate since memang tak berjalan ke mana pun dalam 6-7 bulan. Balik Malaysia pun tidak, gigih la kononnya tu kan. Tak delah, cuma masing-masing sengaja menyibukkan diri dengan benda-benda yang memang harus disibukkan. Sebenarnya, entry ni ditulis dekat NZ ;p, tempat percutian idaman hati dan jiwa ku. Hari ni hari ke 11 dekat South Island, NZ. Kenapa pilih South island, simply because orang kata South Island ni lagi cantik padahal North ke South ke memang ade keistimewaan masing-masing. Bila kata pergi holiday ke NZ, memang semua akan kata banyaknya duit, tak sayang duitlah. Abaikan je sebab for me semua orang ada hobi masing-masing.haha


Secara ringkas seringkasnya trip kali ni :

  • Bukan trip bajet/ backpacker
  • Bukan juga trip mewah/ sesuka hati suka
  • Not really toddler-friendly
  • Our family-friendly haha

Hari pertama, sebenarnya memang bukan dari Perth tapi dekat Adelaide sebab ada conference kat Adelaide, maka haruslah lajakkan percutian kan tapi terlebih lajak terus ke South NZ, plan sebenar nak melajak ke Melbourne atau Tasmania je pun. 9 Oct tu memang dah habis conference semua so kitorang pun apa lagi dah kata kaki jalan, haruslah berjalan kan sementara tunggu flight ke Melbourne sebelum naik flight ke Christchurch, NZ. Sebenarnya memang tak plan langsung nak jalan Adelaide so bagi mencukupkan syarat bukti dah pergi ke Adelaide pergilah ke beberapa tempat yang bukan tempat wajib pun datang tapi tempat "mana cantik, harus singgah" gituuuu.

South Astralia from air plane ;p

Tasik kot bulat-bulat kecik

Pink lake di South Australia

Sewa kereta

So, kitorang sewa kereta dekat adelaide dari budget, memang company yang dah established, well-known dan yang paling best sebab boleh ambik kereta depan pintu arrival (tak, saya tipu kena jalan beberapa meter juga). Harga haruslah tidak murah mana but tulah yang paling murah kalau nak banding dengan yang lain, rabak poket mak nak kalau ambik yang lain tu. Dinasihatkan kalau ambik kereta kat sini silalah ambil insurans. So kitorang ambik kereta dari terminal budget kat airport (kereta paling kecik dan paling murah tapi kereta baru youuu) dan terus memecut ke hotel.

Hotel 

Since hotel dah dibook oleh institut sekali dengan breakfast, haruslah kita terjah sahaja bukan. Jalan dekat Adelaide tidak lah seindah Perth mungkin kerana saya pun tak menahu kenapa. Dalam 15min macam tu sampailah dekat hotel, Sage Hotel. So far ok hotel ni, ada laundry (coin-operated, boleh tukar di reception), breakfast pun ok (ada pilihan untuk vegan), depan hotel ada playground, dekat dengan park, bilik pun bersih dan kemas. 4 bintang untuk anda!dah cukup-cukup la tu.

Parking  

Perut pun dah laparkan. So, after masuk bilik, solat dan tukar-tukar baju terus pergi city konon nak pergi Swingging bowl @ mangkuk hayun, kedai malaysia yang famous dekat adelaide. Biasalah orang baru masuk ke bandar kan, sesat memanjang, for me Adelaide city lagi busy dari Perth dan city dia seakan-akan Northbridge atau Fremantle dekat Perth. Parking takdelah susah sangat nak dicari tapi mahalnya sama jelah dengan Perth tu. Kitorang pun park dekat parking Rundle mall, memanglah mahal kan kau pergi parking dekat shopping centre tengah-tengah city pulak tu. So kitorang pun berjalan mencari-cari kedai Mangkuk Hayun tadi tu tapi alangkah sedih dan kecewa nya kedai tu dah tutup. Paham tak perasaan susah nak cari parking dan berjalan jauh, tengah lapar pulak tu, sampai depan pintu memang kedai tu tutup mungkin buat sementara atau selamanya.


The University of Adelaide

Ala-ala hay street

tepi Rundel Mall, if i am not mistaken


Foods / Restaurants 

At last,  kitorang decide makan dekat nando's je memandangkan kedai halal dalam Rundle Mall tu dah tutup, lepas tu perut pun dah tak sanggup menunggu dah. Banyak sebenarnya makanan halal dekat Adelaide city ni tapi mungkin lebih senang dicari before pukul 5 sebab kedai tutup pukul 5.30-6.00 pm. 

Esoknya kitorang dah pandai sikit dekat sana, carilah kedai lain. Ni kawan kat UWA suggest sebab dia memang buat field trip dekat Adelaide. So, kitorang decide makan dekat Pondok Daun, indonesian restaurant ( 94 Currie St, Adelaide SA). Set nasi ayam penyet dia memang sedap, husband pun puji cuma mihun goreng dia tu so so je, Hana tak nak makan, dia paw makanan kitorang.

Nasi ayam penyet, tak silap harga $8 per set.,

Tempat menarik 

After setel semua conference, kitorang pergi melawat Adelaide Botanical Garden. Kitorang memang suka tengok tumbuh-tumbuhan, dah kata memang bidang kitorang tumbuh-tumbuhan ni kan. TAK, tolonglah percaya tak, botanical garden dekat oz ni memang antara tumpuan pelancong makanya wajiblah kita pergi kalau tak, tak sempurnalah percutian kita ke Adelaide kan. Adelaide Botanical Garden ni ada gate ye, makanya memang ada open and close hour. Jangan jadi macam kitorang sebab ingat botanical garden Adelaide macam Perth yang sentiasa menerima kunjungan untuk melepak. Sampai-sampai 5.30 pm, tengok-tengok gate tutup pukul 6. Tapi masuk jugak jalan laju-laju, ambil gambar cepat-cepat dan paksa hana jadi model. 

Main road for padestrian

Bunga-bunga cinta

Tak banyak gambar yang sempat ambil dekat Botanical Garden sebab gate nak tutup dah. Itu pun masa kitorang berlari-lari menuju ke gate nampak dah terpacak guard nak tutup gate. Nasib, kalau tak ada orang bermalam dekat botanical garden beratapkan bintang dan bulan. Sweet sangat kan.

Park depan Botanical Garden

Berapa ratus tahun lah agaknya pokok ni kan

Biasalah ambik dari dalam kereta, gambar tak segah mana

Rona ungu menjadi pilihan ;p















0 comments:

Post a Comment