Pages

Tuesday 5 September 2017

RESEPI DOUBLE CHOCOLATE CHEESE BROWNIES BERSERTA VIDEO


Lama tak bersiaran, salam hari raya aidil adha semua. Tahun ni kedua-dua raya di Dungun, Terengganu. MIL masak memang meriah raya tadi sampai naik berkilo-kilo haha. Hari ni nak share satu resepi untuk pencita coklat.  Saya bukan peminat coklat, lebih-lebih lagi kek coklat. 3.5 tahun sekali baru saya makan  (yeke tu) but this one memang menggugat. 





BOLEH REFER VIDEO DI BAWAH OK 



BAHAN-BAHAN

Bahagian coklat
90g mentega yang dicairkan 
120g gula kastor
2 biji telur
144g tepung naik sendiri (diayak)
30g serbuk koko (diayak)
esen vanilla

  1. Masukkan mentega yang dicairkan dalam bowl
  2. Masukkan pula gula dan telur dan dikacau sebati
  3. Masukkan esen vanilla
  4. Masukkan sedikit demi sedikit tepung dan serbuk kok yang diayak tadi
  5. Kacau sehingga sebati
  6. Adunan coklat yang telah siap kelihatan pekat 





Bahagian cheese
2 biji kuning telur
15g tepung gandum
220g cream cheese
30g butter
45g gula kastor
esen vanilla

  1. Putar cream cheese sehingga creamy
  2. Masukkan gula dan putar kembali
  3. Masukkan kuning telur, gula, butter dan esen vanilla dan putar sehingga lembut dan tidak berketul
  4. Masukkan tepung gandum dan putar perlahan sehingga sebati



Bahagian ganache chocolate
100g UHT whiping cream
120g dark chocolate

  1. Panaskan UHT whiping cream (double boil) sehingga panas
  2. Tutup api dan masukkan dark chocolate.
  3. Kacau sehingga coklat cair sepenuhnya



  • Bahagikan adunan coklat dan cheese kepada dua.
  • Ratakan 1 bahagian coklat ke dalam loyang 7'
  • Kemudian ratakan pula adunan cheese ke atas adunan coklat tadi
  • Ratakan 1 lagi adunan coklat ke atas adunan cheese tadi

  • Bakar suhu 150 degree selama 10-15 min
  • Keluarkan dari oven dan ratakan 1 lagi adunan cheese ke atas adunan yang dibakar tadi
  • Bakar lagi dengan suhu yang sama pada suhu 15-20 min atau sehingga masak
  • Apabila masak, curahkan ganache. dan simpan dalam peti sejuk selama  bberapa jam sebelum dipotong.



Wednesday 23 August 2017

RESEPI CONGO BARS MUDAH DAN SEDAP


Salam semua. Just a quick update. Hari ni buat congo bars bawak ke gotong royong. Mula-mula tak tahu nak buat apa kan. Maka decide benda yang paling senang dan cepat iaitu congo bars. Ada juga orang panggil blondies. Resepi ni sangat senang, pejam mata pun boleh buat.





Resepi ni dari blog kak yani The kitchen guardian :

Ingredients
250g butter, soft
1 3/4 cups light brown sugar
1 1/2 tsp vanilla
3 large eggs, weighing about 60g each
a pinch of salt
2 1/2 cups of self raising flour
1 cup callebaut 54% cocoa choc buttons
1 cup bittersweet ghirardelli choc buttons (saya guna hershey)
extra imported store bought choc buttons to spread on the batter

Method
Using a wooden laddle mix butter with sugar and vanilla until all the butter disappears in the sugar. 
Add eggs one by one. 
Mix and please do not cream the eggs. 
Add the sifted flours in 3 additions, fold them in and not stir the batter. 
Mix the choc buttons and spread in 12x12 tin. (i used 10')
I usually top with more chocolate chips and bake in a preheated oven at 160C for about 18 minutes. ( i baked for 30min)

SELAMAT MENCUBA SEMUA!
Monday 24 July 2017

Resepi : Kek karamel pelangi (Rainbow Caramel Cake) beserta video

Hi semua. Hari tu tertengok kawan di Perth buat kek karamel ni dekat fb dengan muka tak malu mintak resepi. Saja nak cuba. First time buat memang terasa sangat leceh kek ni. Tapu bila buat kali seterusnya sebenarnya buat kek ni sangatlah senang. Lupa nak bagitahu kek ni sangatlah sedap, lembut dan sangat creamy gituu.


Nampak sedap sangatkan? Memang sedap.

Resepi ni saya ambil daripada blog Azimah Mohd. Terima kasih atas resepi yang sangat best ni. Resepi ni menggunakan sukatan cawan, mungkin lebih friendly untuk semua terutama yang tidak mempunyai weight scale.


Bahan-bahan (total telur guna dalam resepi ini adalah 8 biji)


Gula hangus

2-3 sudu besar gula
Loyang 8 inci

Cara-cara

  1. Letakkan 2-3 sudu ke dalam loyang
  2. Panaskan atas api yang perlahan ( boleh juga panaskan dalam peiuk berasingan kemudian ratakan dalam loyang kemudian )
  3. Biarkan gula mencair dan matikan api apabila keperangan
  4. Ketepikan


Puding

1 tin susu cair
3 biji kuning telur
2 biji telur
1/2 cawan gula
1 sudu kecil esen vanilla


Cara-cara
  1. Masukkan 3 biji kuning telur dan 2 biji telur ke dalam bekas dan kacau perlahan
  2. Masukkan susu, gula dan esen vanilla dan kacau sebati
  3. Bila dah sebati, tapiskan adunan ke dalam loyang gula hangus tadi
  4. Ketepikan




Kek

*Meringue

6 biji telur putih
1/4 cawan gula


Meringue


cara-cara
  1. Putar telur putih sehingga berbuih
  2. Masukkan gula
  3. Putarkan dengan kelajuan tinggi sehingga menjadi meringue
  4. Ketepikan


* Adunan kuning telur

3 biji kuning telur
1/2 cawan air
1/4 cawan minyak masak
1/4 cawan gula
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder


Putar kuning telur, air, minyak dan gula sampai putih


cara-cara
  1. Ayak tepung dan baking powder
  2. Putar kuning telur, air dan minyak masak sehingga putih dan gebu
  3. Masukkan gula dan putar lagi sehingga kembang
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau sebati secara kaup balik
  5. Masukkan meringue dan sebatikan secara kaup balik
  6. Bahagikan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan mengikut kegemaran masing-masing
  7. Sudukan ke atas puding tadi dengan berselang seli. 4 sudu pertama untuk setiap warna, 3 sudu kedua untuk setiap warna, 2 sudu ketiga untuk setiap warna dan 1 sudu keempat untuk setiap warna. 
  8. Bakar secara bain marie selama 50 minit atau sehingga masak
  9. Sejukkan kek, apabila telah sejuk terbalikkan kek atas pelapik kek atau pinggan
  10. Lapkan lelehan air gula hangus bagi mengelakkan diserap oleh kek dan menjadikan kek lembap. 
  11. Potong kek apabila benar-benar sejuk
  12. Sedap dimakan apabila sejuk.

Setelah diselang selikan


Bila dah betul-betul sejuk, kek akan merenggang dari cake tin


Lapkan lebihan gula hangus


Potong apabila benar-benar sejuk



SEPERTI YANG DIJANJIKAN DAN MEMUDAHKAN KERJA SEMUA SAYA SERTAKAN DENGAN VIDEO DI BAWAH. SELAMAT MENCUBA. 







Sunday 16 July 2017

Bajet Hangus New Zealand (South Island)

12D 11N SOUTH NZ UNTUK 3 ORANG






1) TIKET FLIGHT
  •      JETSTAR MELBOURNE - CHRISTCHURCH  : AUD506
  •      JETSTAR CHRISTCHURCH - MELBOURNE  : AUD 779   
                                                                                            = AUD 1285


* Agak mahal sebab ikut tarikh conference, so siapa flexible boleh pilih tarikh tiket flight murah 
   mesti dapat save banyak.


2) KERETA SEWA, BABY  CAR SEAT DAN FULL COVER INSURANS
  •      EKONOMI (12D11N)  : AUD 460


3) HOTEL

  • Academy Motor Lodge                                       : AUD 84
  • Mount Cook Lodge and Motel (2N)                   : AUD 224
  • Beach Lodge Motel                                             : AUD 87
  • Te Anau Lakeview Holiday park  & Motel         : AUD 79
  • Copthorne Hotel & Apartment Lakeview (2N)   : AUD 194
  • Manuka Crescent Motel                                       : AUD 88
  • Franz Josef Top 10 Holiday park                         : AUD 93
  • Apostles View Motel                                            : AUD 93
  • Camelot Motor Lodge                                          : AUD 110 
                                                                                       = AUD 1052


4) FERI & COACH MILFORD SOUND  : AUD 120 X 2 
       
                                                                    = AUD 240


5) QUEENSTOWN GONDOLA               : AUD 32 X2
                                                        
                                                                    = AUD 64            


6) MINYAK  = AUD 292

      * Tak berapa ingat sangat dah tapi lebih kurang ni lah kos minyak kami dekat sana.


7) MAKAN  = AUD 17 X 12 hari 

                      = AUD 204 ( sebab banyak makan luar haha )  


8) LAIN-LAIN  = AUD100



TOTAL = AUD 3697 = RM11, 091

Sunday 4 June 2017

RESEPI FRAMBOZEN KENARI YANG SEDAP

Salam semua dan selamat menyambut Ramadhan. Semoga kita semua mendapat keberkatan dalam bulan Ramadhan ni. Hari ni nak share salah satu biskut raya yang popular, senang dibuat sedap dimakan gitu.

Resepi asal: Encik Rabun Jauh

Bahan

Dough
285g all purpose flour
45g castor sugar
180g butter
30g almond ground (opt)

Meringue
2 eggs white
100g icing sugar
1tbsp corn flour
1tbsp vanilla

Raspberry preserved
Almond nibs atau sliced almond

Cara-cara


  1. Pukul butter dan gula sehingga sebati, masukkan flour dan juga almond ground dan pukul sehingga menjadi doh
  2. Tekap ke dalam acuan dan bakar pada suhu 160-170 degree selama 20-30min
  3. Bila dah masak biarkan sejuk, kemudian ratakan raspberry preserved di atas dough yang dibakar tadi
  4. Pukul 2 eggs white, icing sugar, corn flour dan vanilla sehingga menjadi meringue. 
  5. Ratakan meringue di atas raspberry preserved tadi.
  6. Taburkan almond nibs di atas meringue. (ikut citarasa masing-masing)
  7. Bakar pada suhu 90-100 degree selama 1jam atau sehingga meringue kering
  8. Apabila meringue telah kering, tunggu sehingga suam dan boleh dipotong mengikut ukuran yang dingini. Jangan tunggu sejuk baru dipotong sebab frambozen kenari ni mudah pecah. Atau boleh juga menggunakan acuan yang ada cutter tu terus.


Bagi mudahkan lagi nak buat biskut ni saya sharekan video cara frambozen kenari .





Selamat mencuba :)
Thursday 27 April 2017

RESEPI DONUT KAPAS (KRISPY KREME INSPIRED)

Salam semua dan selamat pagi semua (masih pagi dekat sini).

Jangan terkejut bila bagitahu yang our family dah selamat balik for good december 2016 hari tu lepas bermustautin di Perth selama 3.5 tahun. Alhamdulillah, banyak kenangan manis, masam dan pahit yang pastinya semuanya menjadi kenangan dan pengalaman yang berharga. Ok, nanti kita sambung balik for good tu nanti ok. 

Semalam balik daripada beli barang sempat singgah solat di masjid, selesai solat ada yang bermurah hati sedekah donut dan karipap pada jemaah. Moga murah rezeki bertambah-tambah, amin. So, balik dari masjid terus masuk dapur nak buat donut untuk jadikan stok dan saja nak mencuba resepi baru dari Food at home.







Memang tersangatlah happy dengan hasilnya, berlemak krim dan sangat sesuai untuk diletakkan topping. Jom tengok resepi dari Food at Home ni ya.


300g tepung gandum/ plain flour/ hig protein flour
1 biji telur
37g gula halus 
secubit garam
30g mentega
1 1/4 sudu kecil yis
1/2 sudu kecil vanila
120ml susu segar

Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker atau i guna mixer sahaja sebab breadmaker tak punggah lagi dalam kotak tu. 
Uli sampai tak melekat di tangan
Canai dan bentukkan menggunakan acuan (i tak guna acuan dan kelihatan senget benget di situ)
Biarkan naik sekali ganda dan goreng dengan api yang kecik tapi panas





Kita close up sikit, nampak tak garisan menawan hati tu? Tipsnya adalah bila menggoreng, jagan terbalik-balikkan donut tu. Masukkan dalam kuali, biar sebelah dah kekuningan sikit baru terbalikkan. Lepas kedua belah dah kekuningan terus angkat. 






Gebus kan dalamnya. Bolehlah kalau nak mencuba resepi ni, memang tak mengecewakan. Topping tu boleh letak nutella atau sugar glaze atau coklat ataupun kalau suka boleh letak coklat dan kekacang ataupun oreo. Selamat mencuba semua.


Wednesday 28 September 2016

Europe trip : Bercuti ke Switzerland

Asaalamualaikum semua, kali ni punya entry tak dak nak kata aluan ke atau kata rangka karangan dan seberadik dengan depa sebab dah banyak sangat tangguh kan. Minta maaf semua ya walaupun tahu dah bukan ada pun yang nak tengok sangat pun blog yang dah berabuk ni.

FLIGHT TICKETS
Untuk flight tickets ai memang tak da survey pun tarikh mana paling murah tapi survey taw airlines mana yang paling reasonable, effort di situ jangan dipertikai. Sebab apa? Sebab ikut tarikh conference so u all semua yang boleh pilih tarikh tu ai nak suggestkan beberapa tips kalau nak beli tiket flight murah :

  • subscribe airlines macam qatar, emirates, malaysia airlines, etihad so kalau ada sale depa akan email ke kita so masa tu cepat2 grab
  • boleh tengok dekat kayaks, skyscanner dan lain-lain. TAPI hampa jangan beli melalui website tu sebab dia ada charge dan kadang2 dekat website airlines tu sebenarnya harga tiket tu lagi murah
  • beli return tikets lagi murah dari beli single ticket
I survey je dekat skyscanner dan ai pilih emirates untuk route dari KL-Geneva bukan sebab paling murah tapi sebab mak ai yang tak bagi I naik turkish airlines walaupun I nak pilih turkish airlines dan jauh lg murah. Takpelah, I paham napa mak tak bagi tapi memang ada hikmahnya naik emirates memang best! Kitorang ambil flight malam sebab malam Hana tidur so ai bolehlah rehat tapi kita hanya merancang Allah sebaik Perancang. Hana demam malam tu tapi tak adalah terlalu panas dan yang paling I menyesal sebab segala ubatan husband ai dah bawak pergi switzerland, poor Hana. So malam tu dalam flight ai memang tak tidur sebab Hana banyak terjaga dan I sponging Hana sepanjang flight. Take note ok, just in case bawa je lah ubat dalam hand luggage. Malang memang tak da bau.

Besar jugak emirates ni

Rasanya ni breakfast kalau tak silap. Croissant dia sedap, tak pernah lagi 
jumpa croissant sedap macam emirates dengan masa makan dekat europe lepas balik Perth


Sebenarnya kan I dah tulis perenggan ni tapi apakan daya laptop mati tak bagitahu warning pun. Ambil flight malam memang tak rasa sangat tahu-tahu dah sampai. Masa sampai tu memang ai tak berlengah terus ikut signboard transit untuk ke gate next flight. Sebelum sampai gate memang akan beratur panjang untuk check kastam. Disebabkan I bawa Hana so merasalah beratur dekat VIP kan. Yeay, cepat dan memudahkan. haha. I memang dah siap-siap solat subuh dalam flight so memang tak kelam kabut la kan bila dekat airport. Lepas jumpa gate tu terus tukarkan nappy Hana lepas tu just rest. Sempat bekenalan dengan indonesian yang stay dekat Germany, transit nak balik ke Germany dari Indonesia dengan 2 orang anak. Tabah sungguh! Terus bertambah keyakinan diri. 

Benda yang I paling menyampah sekali dengan Airport Dubai adalah WIFI 60min sahaja. KEDEKUT! Nasiblah flight ai cepat je dah boleh masuk kan. Urusan dekat airport Dubai alhamdulillah tak ada masalah.

Bai Dubai, boleh nampak Burj Khalifa dari airport

Pesat membangun Dubai tapi kawasan dia memang berhabuk gitu 

Baru berlepas nampak kawasan macam ni, maka bermulalah pengembaraan dalam flight dari Dubai ke Geneva. Dalam hati memang rasa nak cepat sampai je sebab kesian tengok Hana yang demam. Mak pun tak larat dah.

Yeah, after 6hs, alhamdulillah nampak dah snow-capped mountains. 
Dah boleh rasa lega nak landing dah. Sepanjang Dubai-Geneva dapat l
unch dengan snack sekali, kalau tak cukup boleh mintak lagi

Masa dah nak sampai tu memang rasa lega sangat tak terhingga leganya. Yang tak dapat dinafikan lagi, Switzerland memang nampak sangat cantik walaupun hanya terjengok-jengok dari atas flight haha. Husband memang dah tunggu dekat airport Geneva, sebab I tak yakin nak membeli dan mencari platform train yang mana nak pergi Les Diablerets dengan anak bersama-sama luggage. 

After keluar dari perut kapal tu, akan naik bas untuk pergi terminal nak cop immi. Immi dia tak banyak songeh, dia cuma tanya betul ka ni anak I, tapi ai dah standby surat beranak dah. Sebab pernah baca sebelum ni ade immi officer yang mintak surat beranak kalau kita travel solo dengan anak je. Tujuan dia bagi nak elakkan perdagangan manusia, husnuzon je dia hanya menjalankan tugas dia bukan nak susahkan kita haha. Tapi airport dia memang langsung tak mesra kids dan mula la I rindu airport australia dengan nz (2 negara tu je pun pernah pergi haha). After cop passport semua boleh tunggu nak ambil luggage. 

TIKET TRAIN

Ok, ni penting ok! After dah ambil luggage semua, sila ambil tiket transport free 90 min untuk digunakan di kawasan bandar Geneva. Disebabkan Les Diablerets berada jauh nun dari Geneva so kitorang tak ambil pun, just beli tiket biasa. Untuk pengetahuan semua, korang boleh beli segala jenis pass yang sesuai dengan itinerary trip korang. Boleh tengok dekat website ni switzerland transport travel system

Jujur saya kata transport dekat Switzerland sangat mahal so sila buat kira-kira sebelum beli huhu. Dan yang paling best sekali dekat Geneva ni, kalau kita menginap di mana-mana hotel, pihak hotel akan bagi free transport pass untuk kita guna sekitar bandar Geneva sepanjang kita menginap. So, jimat di situ kan. Kalau korang terhilangkan pass tu sila minta pada pihak hotel, they will give a new one. Bagi sesiapa yang tinggal selain hotel contohnya airbnb, saya tak berapa pasti sama ada dapat atau tidak pass tu tapi kalau tak dapat boleh beli Geneva pass 24,48 atau 72 jam atau boleh beli juga yang untuk 60min bagi short ride.  Boleh usha di website ni geneva pass

Ok, lepas keluar, ikut je signboard pergi train ok, jumpa kedai macam ni 
atau boleh beli di mesin dia. Kalau nak tanya apa-apa, 
tanya je dekat orang dalam tu ok hihi (ehsan gambar google)

Ni daripada keehsanan gambar google juga, contoh platform mana, 
nanti dia tulis terpampang besar dekat board nak pi mana dengan 
platform berapa, jangan salah pulak ok. 

Ha, ni contoh itinerary train kitorang. Voie tu platform. jauh kan Les Diableretes,
 2jam setengah naik train baru sampai. Nanti dah sampai stesen Aigle kena tukar train lagi. 
Bila train dah sampai, naik dan berehat lah jangan sampai terlepas stesen hihi

Dalam train tak sempat nak boring sebab view cantik sangat

Gambar tak berapa nak lawa sebab ambil dari dalam train



ladang anggur



sampai Les Diablerets

soooooooooo beautiful

unpacked, terus bagi budak kecik ni makan ubat

Sebelum share lagi pasal Switzerland, pada yang menunggu tu ai belanja link video dari airport ke Les Diablerets  ok hehe.