Pages

Friday 20 November 2015

Bercuti ke New Zealand : Day 1 (sim card, kerets sewa, groceries dan Akaroa)

Assalamualaikum semua

Kalau ikutkan minggu ni dah dekat tiga minggu balik dar NZ, pemalas betul nak update kan. Memang rindu sangat dengan NZ sampai cakap dengan husband, jomlah settle down dekat NZ. Jangan mimpilah kan tapi berangan takpe kan, free haha. 

Ok, mari kita serius teruskan perjalanan kita hehe. Kitorang dari Melbourne ke Christchurch ambik flight Jetstar, alasannya simple MURAH. Tak de beza sangat dengan Qantas atau Virgin, mungkin sebab dalam flight tu kitorang memang tidur je. Yela kan, malam nak buat apa lagi kan. Sampai airport Christchurch pukul 4.30 pagi, nak ambik kereta sewa pukul 8. Lama juga tunggu dekat airport tu, tapi kalau ada fulus lebih boleh je nak sewa dengan syarikat kereta sewa yang memang ada dekat airport dan bukak 24 hours. Sampai-sampai je boleh ambik kan, macam BUDGET, AVIS dan lain-lain, tapi sendiri mau ingat lah harga dia kan.

So, sampai-sampai tu memang tak ramai orang. Biasalah dah kata NZ ni adik beradik OZ kan so kastam dia memang ketat sikit, memang kena isi borang declaration kalau ada bawak makanan, ubat-ubat dan benda-benda lain yang memang tak boleh bawak masuk. Janganlah berani bawak masuk ye, kalau tak declare memang kena denda beratus dollar, dari bagi free dekat dia baik tambah hari duduk NZ, eh eh. Masa sampai tu, memang ada sorang immi officer bawak anjing dok suruh cium dekat semua beg dan orang yang bawak beg. Dahla i ni penakut anjing.  Lepas dengan selamat lah dekat immi sebab memang tak bawak makanan ape-pun. Terus pergi cari baby room dan solat dekat baby room. Subuh dekat NZ memang awal especially summer. Lepas, solat kitorang tunggu, siap cas handphone dengan ipad dekat one stop centre dia dengan beli no NZ supaya senang nak update instagram haha dengan call family.

Hello NZ

Christchurch airport ni kecik je



SIMCARD
Dekat airport Christchurch ada 2 company telekomunikasi untuk dipilih yang mana suka, SPARK dengan VODAFONE. Kitorang memang pilih Vodafone since dekat OZ pon kitorang guna Vodafone. Kitorang ambik Travel Sim (prepaid) dengan harga $49 boleh dapat 3gb data, 200 min call dengan 200 text, text tu memang tak guna langsung. Kalau rasa data tu tak cukup nanti boleh add on, 1gb for $20. Urusan beli simkad ni memang kejap je, tak perlukan dokumen.

KERETA SEWA
After dah setel, kitorang terus pergi tempat tunggu shuttle van nak ambik kereta sewa. Shuttle van tu ada dari pukul 8am-5pm, free dan ada setiap 15min. Company kereta sewa yang kitorang pilih adalah ACE car rental.



Van shuttle kereta sewa

Christchurch airport

Dari airport ke office ACE car rental tu tak jauh pun, dalam 5min naik van dah sampai. Lepas urusan check kereta dan isi borang, dapatlah kunci kereta. YEAY!Kitorang pilih  kereta Nissan tiida (2008), in good condition taw dengan full cover insurans dan dapat harga yang sangat berbaloi bagi kitorang sebab jauh beza harga dengan company yang lain. Dengan ini, kalau ada sesapa datang NZ boleh sewa kereta dengan company ni, highly recommended.
Sewa kereta termasuk full cover insurans selama 11 hari kitorang dekat sana adalah nzd490.

Ini lah kereta yang sangat berjasa


GROCERIES
Jujur katakan kitorang memang tak mandi hari first sampai tu haha, alah takde bau pun sebab sejuk tahap winter dekat Perth (btw, kitorang pergi masa spring). so after dapat kunci kereta terus meluru pergi Pak n save beli groceries. Beli beras, ayam, spageti, sayur dan benda paling wajib dalam family, BUAH. Kalau nak banding NZ dengan Perth, memang rasa Perth lagi murah especially buah. Selain Park n Save, New World, Four Square dan Fresh Choice. Sepanjang pengalaman dekat sana, Park n Save harga agak murah dan banyak pilihan. Oh untuk ayam boleh pilih jenama BRINK'S mempunyai tanda halal. Boleh refer dekat sini http://brinks.co.nz/faqs

Beli groceries

Dari situ terus pergi Avon river konon nak punting kan, tapi bila sampai dan survey harga terus istighfar panjang dan terus cancel. Lepas tu, kitorang decide pergi ke Akaroa harbour but for your information Christchurch ni banyak je tempat best like Port hills, Kaikoura, vineyard, Henmer Spring, Lyttleton Harbour, Godley Beach Park dan macam-macam lagi. Kitorang memang cuma pergi beberapa tempat yang selected je sebab kesuntukan masa. I wish i could stay here forever. 

Tempat sewa segala kayak dan adik beradik

Boleh punting taw dekat sini

Other side of Avon river

AKAROA
Dari Christchurch ke Akaroa ambil masa dalam 1-2 jam but to explore Akaroa, you must spend at least one day. Sepanjang ke Akaroa pun Ya Allah, scenery dia memang takkan bagi rehat langsung dari ambil gambar sampai kebas tangan dok pegang kamera/phone.

Di persimpangan ke Akaroa

On the way to Akaroa

View from Hilltop Tavern

Menghijau

Somewhere on the way to Akaroa

Akaroa Harbour

Peta Akaroa dan Bank Peninsula


Akaroa dan Bank Peninsula ni memang sangatlah cantik tapi tak banyak sangat gambar  (banyak video) sebaaabbbb co-pilot@photographer tak bertauliah tidur kepenatan yang amat sangat.

Sebelum tidur, sempat la

Hijau sokmo

Maap deh, petama kali tengok gunung ganang gini

Bekas landasan ketapi ka ni?

Cherry blossom di mana-mana

Rindunya

Tengok-tengok air tu 

Masa ni memang nak nangis sebab diberi rezeki boleh sampai sini

Jernih air

 CHRISTCHURCH
Lepas membuta dan membiarkan pilot keseorangan, taw-taw dah sampai hotel haha. Kali ni kitorang pilih Academy Motor Lodge berdasarkan ketebalan poket dan review. Haruslah ketebalan poket diutamakan kan, duit syiling je banyak. Sorry, memang tak ambik gambar lagsung hotel tu. Dengan harga AUD 80 hotel tu memang lebih dari best, bilik besar, ada dapur, dapat susu tapi xde la bath tub. Hana paling keciwa haha. Dah mandi dan solat, kitorang pun saja keluar. Nasiblah dapat husband photographer, memang mengundang la ada je tempat shoot die. Petang tu, decide pergi botanical garden, katapun kitorang ni memang orang tumbuhan kan. Cantik woi Botanical garden dia, masuk-masuk disambut dengan bunga tulip dan sangat besar. Husband just ambik gambar dekat-dekat dengan pintu masuk dia, jumpa pulak dengan mat saleh suka ambil gamabar macam dia lahai. Sembang kamera lah, tempat best ambik gambar lah tak lupa tempat cantik. Memang mengundang betul mat saleh ni kan. Dekat maghrib tu kitorang pon balik hotel.


Pintu masuk

Cantik kan

Dapt rumah sebijik camni memang tak keluar belek bunga

i love the blue flower, naik seri you

Pink tulips

White and orange

Yellow and orange

Red and orange

Yeay, spageti carbonara with mussel (seafood NZ murah woi)


bye, jumpa next entry






0 comments:

Post a Comment