Pages

Thursday 16 June 2016

Resepi kek pandan gula melaka gebu gebas (with video)


UPDATE ALERT! i tepek link video supaya semua senang tengok ok step by step!Enjoy!





Assalamualaikum semua, hari ni hari ke 12 Ramadhan. Kuih raya?memang tak terfikir lagi nak buat haha sebab baru nak ambik mood puasa ni lepas balik dari Europe. Jetlag? Tak jugak, tapi dua hari jugaklah jetlag but husband dengan Hana relax je kan macam tak de apa yang berlaku dan berubah. Hari ni nak share resepi kek pandan gula melaka yang gebus dan mat saleh sini pun suka kahkah. Resepi ni saya buat jual dan memang best seller. 


Utk menghasilkan cupcake atau cake sila guna bahan yg berkualiti dan terbaik.

PERHATIAN : Guna kelajuan paling minima ketika memukul bahan. 


Oven perlu di panaskan 20 minit sblm membakar cupcake atau cake pada suhu 160 darjah celcius.
* utk cupcakes tambah 25 gm xtra tepung super fine di dlm adunan resipi. Untuk cake kekalkan resipi seperti di bawah.

CUPCAKE / CAKE
Bahan-bahan
190g salted butter (SCS) atau tatura suhu bilik
1 tsp vanilla 
200 gm gula kastor
3 biji telur gred A
200g tpg naik sendiri (ayak)
100g tpg super fine (ayak)
1st baking powder
*105g santan (ayam brand) + 45g air + 3 sb susu full cream +1 1/2 sb pandan paste [semua bahan ini dicampur sekali]
* pewarna hijau (jika perlu)

Cara-cara:
1. Panaskan oven 160 darjah celcius selama 20 minit.
2. Campurkan butter, gula & esen vanilla pukul sebati & sedikit kembang dlm 2 minit. Setelah kembang masukkan telur satu per satu. Pukul sebati dan rata.
3. Tpg super fine, tpg naik sendiri & baking powder disatukan. Masukkan ke dalam adunan diselang-selikan dgn campuran santan tadi. Pukul perlahan supaya sebati. Jangan pukul lebih. Nanti cupcake keras. Adunan sedia untuk di bakar. Sama juga kaedah untuk kek.
4. Isi adunan dlm solo cup anggaran 3/4 cup. Bakar selama lebih kurang 20-22 minit atau hingga masak. Masa yg sama juga utk cake bg setiap loyang. Jika belum masak tambah masa bakar sedikit demi sedikit. Cth 3 minit. Setelah masak, sejukkan baru letak topping.





Gula Melaka Swiss meringue buttercream:

Air gula Melaka dibuat ketika sblm menghasilkan smbc. Tapi tidak boleh terlalu awal kerana nanti mudah beku.
Air gula
200g gula Melaka (gula kabung) hancurkan
1 helai daun pandan dicarik dan pintal
1/2 cawan air
*air gula akan mula pekat setelah sejuk
*cadangan terbaik buat air gula semasa proses membuat smbc.
Cara-cara
Satukan gula melaka, air dan daun pandan masak di atas dapur dgn api perlahan sehingga semua cair, tutup api dan sejukkan.


SWISS MERINGUE BUTTERCREAM
[sebaiknya guna mixer heavy duty. Jika tiada, guna hand mixer tetapi agak lambat hasilnya. Untuk cake gandakan kepada 1 1/2 adunan resipi ini]


Guna whisker ballon utk menghasilkan icing ini.
3 biji putih telur saiz besar
90 gm gula kastor
150g tatura salted butter sejuk (potong kiub kecil)
1 tsp esen vanilla
Cara
1. Satukan gula & telur putih dlm bekas (mangkuk tin), kacau dulu dgn whisk sebelum double boil supaya gula mudah larut.
Buka api perlahan dan lakukan double boil. Ambil spatula plastik atau whisker kacau supaya gula cepat larut dlm telur tadi. Semasa mengacau jgn tinggal. Tak perlu tunggu lama utk larut. Kejap sahaja. Biasanya suam sikit-sikit gula dh larut. Jangan sampai telur masak.
2. Bila dh larut segera angkat  dan masukkan dalam bowl mixer dan putar menggunakan whisker ballon hingga jadi meringue yg pekat dan kental [hard peak]
3. Kemudian Masukkan butter sejuk tadi dan putar dgn whisker hingga sebati elok. Mula putar plg laju, pada peringkat permulaan adunan jadi cair sedikit, putar lagi sehingga adunan sebati elok dan jadi seperti tekstur buttercream. Masa dalam 4 minit. Kemudian masukkan esen vanilla. Pukul lagi hingga sebati. Kemudian tukar kepada speed plg perlahan hingga smbc menjadi licin dan halus dlm masa 3 minit.
4. Kemudian masukkan 1 sudu besar air gula Melaka ke dalam mixer tadi sebanyak 4-5 kali secara berperingkat, bergantung kpd manis dan rasa smbc yg anda mahu. Biasanya warna smbc agak perang kecoklatan cair , rasa Serta wangi gula Melaka. Kemudian teruskan memukul icing dgn perlahan sehingga cantik dan licin. Icing sedia utk digunakan.
5. Asing boleh di simpan di dlm peti sejuk. Jika nk digunakan dari peti sejuk keluarkan  2 jam lebih awal. Tak perlu pukul just kacau dan spatula sahaja.
6. Paip aising secara melingkar berlapis di atas cupcake. Di tengah isikan dgn air gula melaka. Taburkan angel coconut flake di sekeliling smbc tadi. Sedia utk dimakan.
7. Utk cake, digunakan utk melapis dan mengicing cake. Setiap lapis cake direnjis dgn gula Melaka.
Tips: Bakar cupcake sehari sebelum supaya rasa lebih mesra & moist. Cupcake ini boleh di simpan di dlm peti sejuk. Pastikan ia dimasukkan kedalam kotak supaya kelembapan cupcake berterusan. Cupcake ini tahan sehingga seminggu jika peti sejuk bersih dan betul-betul sejuk.




LATER I WILL UPDATE STEP BY STEP OK :)




Tuesday 14 June 2016

EUROPE TRIP : Bercuti ke Switzerland dan tips

Assalamualaikum semua, sihat tak semua? Selamat menyambut bulan ramadhan yang ditunggu-tunggu sebab apa? Sebab bulan ramadhan sangat istimewa, ganjaran yang Allah janjikan amatlah besar dan kerana adanya satu malam yang sangat istimewa, Lailatulqadar. Semoga kita semua dapat manfaat daripadanya. 

Sorry sangat sebab lama tak update, takdelah pun busy tapi haih sibuk dengan benda-benda dunia yang takkan pernah habis. 4 bulan tanpa berita kan hahaha. Sebenarnya kitorang sekeluarga baru balik dari Europe, bukan europe sangat pun cuma Switzerland dengan Amsterdam je pun sebab Paris trip terpaksa kitorang batalkan atas sebab yang haih nantilah kita cerita kan benda-benda sedih gitu. Kalau boleh, tak nak cerita benda sedih-sedih ni tapi wajib cerita juga sebagai iktibar dan panduan kalau menghadapi benda yang sama. 

Sebenarnya, europe trip ni bukanlah percutian lah tapi pergi conference sambil mencuci mata haha. Sebenarnya my husband dah pergi dulu 3 hari sebelum I dengan hana dari PERTH-AUH-GVA naik Etihad. Atas sebab yang tak dapat dielakkan, I dengan hana bertolak dari Malaysia (KUL-DXB-GVA) naik emirates. Macam biasa memang suka ambil flight malam lagi-lagi kalau travel berdua dengan hana. KL-DXB amek masa 7 jam dan ai sampai dekat DXB dah cerah dah kat sana dan transit 3 jam dekat Dubai. TIPS bagi yang travel berdua dengan anak macam ai dan transit di DUBAI :

  • Airport Dubai sangat besar dan sangat busy dan terlalu ramai orang sebab flight emirates selalunya memang akan transit dubai. Makanya sampai je arrival korang terus ikot signboard transit tanpa lengah masa, kalau tak pasti tanya je orang sila jangan malu nanti terlepas flight naya. Sebelum sampai gate, akan melalui security check so kalau korang bawak anak macam ai memang depa bagi priority macam first/bussiness class haha. Hikmah bawak anak. Lepas tu terus cari mana gate korang dan pastikan yang korang berada di gate yang betul, pastu nak pi toilet kejap ke boleh lah.

  • Masa ai sampai memang xde stroller yang available so ai kena angkut hana dari pintu arrival sampailah ke gate yang sangat jauh. Kalau boleh sila bawa baby carrier. Silap hari tu baby carrier ade dalam beg yang husband dah bawak maka dengan redhanya I angkut si hana sampai bebrapa kali kecundang sebab tangan ai rasa macam nak patah.

  • Babyroom dekat airport Dubai memang tak ada kerusi utk nursing, tak tahulah kalau I tak jumpa 

Ok, lepas 3 jam ai pun naik flight yang kedua. Alhamdulillah tak ramai orang dan banyak kosong makanya dapatlah seat luas. Untuk pengetahuan korang sepanjang flight ni hana tak sihat mungkin sebab perubahan cuaca sebab Perth dah mula sejuk, balik malaysia panas dan selalunya itulah yang terjadi bila hana balik malaysia . Dan yang sangat tak bijaknya, segala ubat yang dah disediakan semua dalam beg yang dah dibawa husband, hadoi rasa nak hantuk pala kat dinding sebab careless. Sepanjang flight 7jam+3jam transit+7jam dan 3 malam tak tido makanya I pun dah ting tong, sepanjang flight berdoa supaya masa cepat berlalu dan kitorang sampai ke destinasi. Ya Allah tak tahu macam mana nak cakap bertapa leganya I bila pilot kata selamat landed, bersyukur sangat sebab ai survived haha. 

ok, nanti ai sambung ok and upload gambaq sampai hampa menyampah haha.

Yeay, reunited!