Pages

Wednesday 28 September 2016

Europe trip : Bercuti ke Switzerland

Asaalamualaikum semua, kali ni punya entry tak dak nak kata aluan ke atau kata rangka karangan dan seberadik dengan depa sebab dah banyak sangat tangguh kan. Minta maaf semua ya walaupun tahu dah bukan ada pun yang nak tengok sangat pun blog yang dah berabuk ni.

FLIGHT TICKETS
Untuk flight tickets ai memang tak da survey pun tarikh mana paling murah tapi survey taw airlines mana yang paling reasonable, effort di situ jangan dipertikai. Sebab apa? Sebab ikut tarikh conference so u all semua yang boleh pilih tarikh tu ai nak suggestkan beberapa tips kalau nak beli tiket flight murah :

  • subscribe airlines macam qatar, emirates, malaysia airlines, etihad so kalau ada sale depa akan email ke kita so masa tu cepat2 grab
  • boleh tengok dekat kayaks, skyscanner dan lain-lain. TAPI hampa jangan beli melalui website tu sebab dia ada charge dan kadang2 dekat website airlines tu sebenarnya harga tiket tu lagi murah
  • beli return tikets lagi murah dari beli single ticket
I survey je dekat skyscanner dan ai pilih emirates untuk route dari KL-Geneva bukan sebab paling murah tapi sebab mak ai yang tak bagi I naik turkish airlines walaupun I nak pilih turkish airlines dan jauh lg murah. Takpelah, I paham napa mak tak bagi tapi memang ada hikmahnya naik emirates memang best! Kitorang ambil flight malam sebab malam Hana tidur so ai bolehlah rehat tapi kita hanya merancang Allah sebaik Perancang. Hana demam malam tu tapi tak adalah terlalu panas dan yang paling I menyesal sebab segala ubatan husband ai dah bawak pergi switzerland, poor Hana. So malam tu dalam flight ai memang tak tidur sebab Hana banyak terjaga dan I sponging Hana sepanjang flight. Take note ok, just in case bawa je lah ubat dalam hand luggage. Malang memang tak da bau.

Besar jugak emirates ni

Rasanya ni breakfast kalau tak silap. Croissant dia sedap, tak pernah lagi 
jumpa croissant sedap macam emirates dengan masa makan dekat europe lepas balik Perth


Sebenarnya kan I dah tulis perenggan ni tapi apakan daya laptop mati tak bagitahu warning pun. Ambil flight malam memang tak rasa sangat tahu-tahu dah sampai. Masa sampai tu memang ai tak berlengah terus ikut signboard transit untuk ke gate next flight. Sebelum sampai gate memang akan beratur panjang untuk check kastam. Disebabkan I bawa Hana so merasalah beratur dekat VIP kan. Yeay, cepat dan memudahkan. haha. I memang dah siap-siap solat subuh dalam flight so memang tak kelam kabut la kan bila dekat airport. Lepas jumpa gate tu terus tukarkan nappy Hana lepas tu just rest. Sempat bekenalan dengan indonesian yang stay dekat Germany, transit nak balik ke Germany dari Indonesia dengan 2 orang anak. Tabah sungguh! Terus bertambah keyakinan diri. 

Benda yang I paling menyampah sekali dengan Airport Dubai adalah WIFI 60min sahaja. KEDEKUT! Nasiblah flight ai cepat je dah boleh masuk kan. Urusan dekat airport Dubai alhamdulillah tak ada masalah.

Bai Dubai, boleh nampak Burj Khalifa dari airport

Pesat membangun Dubai tapi kawasan dia memang berhabuk gitu 

Baru berlepas nampak kawasan macam ni, maka bermulalah pengembaraan dalam flight dari Dubai ke Geneva. Dalam hati memang rasa nak cepat sampai je sebab kesian tengok Hana yang demam. Mak pun tak larat dah.

Yeah, after 6hs, alhamdulillah nampak dah snow-capped mountains. 
Dah boleh rasa lega nak landing dah. Sepanjang Dubai-Geneva dapat l
unch dengan snack sekali, kalau tak cukup boleh mintak lagi

Masa dah nak sampai tu memang rasa lega sangat tak terhingga leganya. Yang tak dapat dinafikan lagi, Switzerland memang nampak sangat cantik walaupun hanya terjengok-jengok dari atas flight haha. Husband memang dah tunggu dekat airport Geneva, sebab I tak yakin nak membeli dan mencari platform train yang mana nak pergi Les Diablerets dengan anak bersama-sama luggage. 

After keluar dari perut kapal tu, akan naik bas untuk pergi terminal nak cop immi. Immi dia tak banyak songeh, dia cuma tanya betul ka ni anak I, tapi ai dah standby surat beranak dah. Sebab pernah baca sebelum ni ade immi officer yang mintak surat beranak kalau kita travel solo dengan anak je. Tujuan dia bagi nak elakkan perdagangan manusia, husnuzon je dia hanya menjalankan tugas dia bukan nak susahkan kita haha. Tapi airport dia memang langsung tak mesra kids dan mula la I rindu airport australia dengan nz (2 negara tu je pun pernah pergi haha). After cop passport semua boleh tunggu nak ambil luggage. 

TIKET TRAIN

Ok, ni penting ok! After dah ambil luggage semua, sila ambil tiket transport free 90 min untuk digunakan di kawasan bandar Geneva. Disebabkan Les Diablerets berada jauh nun dari Geneva so kitorang tak ambil pun, just beli tiket biasa. Untuk pengetahuan semua, korang boleh beli segala jenis pass yang sesuai dengan itinerary trip korang. Boleh tengok dekat website ni switzerland transport travel system

Jujur saya kata transport dekat Switzerland sangat mahal so sila buat kira-kira sebelum beli huhu. Dan yang paling best sekali dekat Geneva ni, kalau kita menginap di mana-mana hotel, pihak hotel akan bagi free transport pass untuk kita guna sekitar bandar Geneva sepanjang kita menginap. So, jimat di situ kan. Kalau korang terhilangkan pass tu sila minta pada pihak hotel, they will give a new one. Bagi sesiapa yang tinggal selain hotel contohnya airbnb, saya tak berapa pasti sama ada dapat atau tidak pass tu tapi kalau tak dapat boleh beli Geneva pass 24,48 atau 72 jam atau boleh beli juga yang untuk 60min bagi short ride.  Boleh usha di website ni geneva pass

Ok, lepas keluar, ikut je signboard pergi train ok, jumpa kedai macam ni 
atau boleh beli di mesin dia. Kalau nak tanya apa-apa, 
tanya je dekat orang dalam tu ok hihi (ehsan gambar google)

Ni daripada keehsanan gambar google juga, contoh platform mana, 
nanti dia tulis terpampang besar dekat board nak pi mana dengan 
platform berapa, jangan salah pulak ok. 

Ha, ni contoh itinerary train kitorang. Voie tu platform. jauh kan Les Diableretes,
 2jam setengah naik train baru sampai. Nanti dah sampai stesen Aigle kena tukar train lagi. 
Bila train dah sampai, naik dan berehat lah jangan sampai terlepas stesen hihi

Dalam train tak sempat nak boring sebab view cantik sangat

Gambar tak berapa nak lawa sebab ambil dari dalam train



ladang anggur



sampai Les Diablerets

soooooooooo beautiful

unpacked, terus bagi budak kecik ni makan ubat

Sebelum share lagi pasal Switzerland, pada yang menunggu tu ai belanja link video dari airport ke Les Diablerets  ok hehe.