Pages

Saturday 19 December 2015

Bercuti ke New Zealand : Day 6 dan 7 (Queenstown)

Assalamualaikum semua,

Sebenarnya belum day 7, nak sambung perjalanan dari Te Anau ke Queenstown. Lepas sampai dekat Te Anau dari MF, kitorang solat lepas tu terus memecut ke QT yang akan ambil masa 2 jam. Jauh jugak tapi jangan risau memang takkan jemu sebab tengok "kanvas" sekeliling kita haha. Bila dah nak sampai QT, jumpa dengan satu tasik yang sangat besar, airnya sangat biru dan berlatarbelakangkan snow-capped mountains. Lake Wakatipu nama diberi, wa tak tipu memang lawa.

On the way to QT

Lembu sado

Biri comey

Dah nak sampai QT, lalu tepi tasik

Lake Wakatipu

Cantik, Wa tak tipu 


COPTHORNE HOTEL & APARTMENTS QUEENSTOWN LAKEVIEW

Bermulalah kisah kitorang dekat QT. QT best, tempat cantik dan sebenarnya memang dah tersuka tanpa sengaja dekat QT. Sesiapa je yang datang ke QT, harus jatuh cinta dengan QT. Ok, bila kitorang sampai je dekat QT terus check in hotel. Hotel kali ni tak de dapur, tak de microwave tapi nasib baik ada laundry.

Kenapa pilih hotel ni? Haruslah kerana hotel ni pernah menang award dan bilik dia lakeview. After check in, terus park dan masuk bilik. Satu yang korang kena taw, kitorang ni memang jenis suka hotel yang ada parking betul-betul depan bilik, sekali hotel ni parking dia ada khas untuk parking so memang kena jalan jauh nak sampai dekat bilik. Tak apalah edha. Berbunga hati nak masuk bilik sebab dah book yang ada lake view sekalinya! Terkejut dapat view pokok dengan bangunan hotel depan haha. Lake tu nampak sipi-sipi je, macam nampak tak nampak. Kecewa tahap boleh hentak kepala dekat dinding sebab ni antara hotel yang bayar mahal berbanding dengan yang lain dan dah book untuk dua malam. Redha redha. Malam tu kitorang cuma stay dekat hotel dan makan bekal yang masak dekat Te Anau, almaklumlah masa tu tengah sejuk so makanan 1-2 hari memang tak basi. Tapi bilik dia bersih, katil pun best alhamdulillah.

Keesokan hari kitorang kecewa dengan cuaca dekat QT sebab hujan tapi kitorang still enjoy QT. Lepas je breakfast roti (makanan ruji di NZ), kitorang start enjin pergi Glenorchy, rasa menyesal pulak tak teruskan ke Paradise. Driving scenic route dari QT ke Glenorchy (1 jam) memang terlalu cantik, subhanallah dan jalan ni merupakan antara the most beautiful road in the world so harus lah masukkan dalam itinerary kalau datang south island kan. Jom usha gambar tanpa diedit.

Masa ni baru mula nak keluar dari bandar QT

Gitulah warna air nya kan. Masa ni memang mendung
 so warna air tasik tu tak berapa nak menyerlah tapi still cantikkan

Sebelah sana tengah hujan

Sebelah kiri jalan, Lake Wakatipu

Lake Wakatipu berlatarbelakngkan snow-capped mountains 
yang dah tinggal sipi-sipi sebeb masa ni dah masuk musim bunga

View dari salah satu lookout, banyak lookout sepanjang perjalanan,
 kalau tak perasan masa pergi boleh singgah masa balik

Bersinar-sinar air tasik

Nampak tak jalan tu, jalan tulah yang kita akan lalu



Another lookout point


GLENORCHY

Sampai dah di parking Glenorchy jetty, what a beautiful place

The famous Glenorchy boat shed, gambar wajib bila datang ke Glenorchy

Glenorchy jetty, walaupun hujan tapi tempat ni memang sangat cantik

Angin masa ni memang kuat sangat sampai rasa nak diterbangkan 

The jetty

Glenorchy memang terkenal sebagai tempat shoot movie LOTR dan Narnia

Pekan Glenorchy sanagt kecik. Cuma ada  beberapa cafe, kedai, pub 
dan beberapa pilihan  tempat penginapan ( backpackers to luxury). 
Glenorchy juga terkenal dengan Routeburn Track 
(hiking track yang sangat terkenal sepanjang 32km)


MOKE LAKE

Balik dari Glenorchy, kitorang singgah di Moke Lake, memang untouched. 
Nak masuk ke Moke Lake akan melalui jalan yang tak berturap sejauh beberapa km .
Dengar kata jalan masuk Moke Lake ni sekarang dah berturap (update)


Banyak aktiviti boleh buat dekat sini : swimming, kayaking, 
walking trail, camping, horse riding dan 
duduk-duduk sambil menikmati keindahan ciptaan Allah.


Kalau nak horse riding boleh tanya dekat sini, 
kitorang tak tanya pun sebab memang nak singgah kejap je


Balik je dar Moke Lake, lalu Lake esplenade lepastu cakap kat husband petang ni kita pergi situ ye. Kita tengok petang tu kitorang pergi ke tak haha. Before balik hotel tu kitorang singgah nandos tapaw makanan. Lepas makan dan solat kitorang just rest je dekat bilik sebab hujan mencurah-curah membasahi bumi Queenstown. Somehow QT still cantik walaupun dalam keadaan hujan. QT, aku rindu!

Makan nandos dekat balkoni bilik. Layan

Petang tu huja redha sikit terus pergi The Remarkables, 
mountain range dan tempat main ski tapi kan kitorang tak pergi sampai atas, 
separuh jalan je sebab scarylah jalan dia haha

View dari separuh jalan ke The Remarkables

 Jack's Point Club House, Ya Allah view dari Jack's point sangat cantik. 


QUEENSTOWN GARDEN

QT garden

Tulips di mana-mana

Queenstown garden betuil-betul tepi Lake Wakatipu, layan sangat view dekat sini

Masa kitorang tengah jalan-jalan dekat sini dan nak turun ke bahagian lake tiba-tiba hujan lebat sangat. Aku kecewa lagi tak dapat nak feeling bejalan-jalan tepi tasik so memang tak delah gambar kitorang dekat Lake esplenade. Before balik ke hotel, singgah kejap dekat kedai souvenir. Main taram je kedai tanpa survey. So kitorang beli souvenir dekat kedai orang korea ke jepun tak berapa nak pasti kewarganegaraan dia. Murah harga dekat situ so saya nasihatkan kalau nak beli souvenir belilah dekat pekan QT sebab paling murah berbanding pekan lain setakat yang kitorang survey. Ada la jugak kitorang beli dekat Christchurch dengan Dunedin sebab nak tambah-tambah tapi rasanya memang dekat QT paling murah. 

End of our 2nd day. Sebenarnya banyak lagi tempat dekat QT ni tapi tak sempat. Kalau nak jelajah QT ni mau makan 2-3 minggu. Rasa macam nak setel down dekat sini, tempatnya cantik, airnya bersih dan orangnya peramah tapi Malaysia tetap di hati. Malam tu ingat nak keluar ronda-ronda QT di malam kala tapi apakan daya hujan rahmat sentiasa membasahi bumi yang sungguh cantik ini. 


Nah belanja Lake Wakatipu yang sangat gorgeous

Nah belanja gambar The Remarkables 


0 comments:

Post a Comment