Pages

Monday 14 December 2015

Bercuti ke New Zealand : Day 5 (Dunedin dan Te Anau)

Assalamualaikum dan selamat tengahari semua,


DUNEDIN BOTANIC GARDEN

Hari kelima kitorang dekat NZ biasa-biasa je sebab demam tak elok-elok lagi. So, hariku seperti gloomy sentiasa dengan batuk, berkahak dan berhingus, perfect combination. Selalunye kitorang check out hotel awal-awal pagi tapi hari kelima ni check out pukul 10am sebab tak dak mood sangat. dari hotel terus meluru ke Dunedin Botanic Garden. Kata dah kitorang ni memang "orang tumbuhan", mana pergi pun mesti nak tengok tumbuhan haha. Korang percaya? Baca boleh, percaya jangan. Dunedin Botanic Garden ni bapaknya cantik, suka-suka. Ada banyak entry rasanya botanic garden ni, kitorang masuk dekat yang kena naik bukit sikit sebab yang dekat pintu utama dia takdak parking, sedih la jugak sebab nampak cantik je bahagian pintu utama tu kan dan confirmlah dengan kekangan masa yang ketat sendat padat ni memang tak lah nak berjalan mengelilingi botanic garden. Walau kitorang jalan sebahagian kecil je, tetap menawan taw. Satu yang memang dapat perati dekat NZ ni, kebanyakan tempat memang bersepah pokok tulip, mungkin sebab NZ ni sejuk tak kira la summer pun kan. Jom layan Dunedin Botanic Garden.


Daffodils

Tepi car park

Zoom in

Cantik kan?

Pokok apa putih sungguh

Suka pulak ada purple di situ

Tangan sapa gegar semacam tu

Pelbagai warna kan


Lavender kot

Memang layan kalau duduk situ sambil baca buku

Kalau penat, banyak tempat duduk disediakan


Macam autumn pulak


Tempat yang kitorang jelajah ni memang tak sampai 100m pun kitorang jalan haha, nak cepat punya pasal sebab ada beberapa tempat lagi yang kitorang nak jelajah. Rugi rasanya, takpelah. Actually, i was so excited sebab nak pergi Te Anau hari tu, so rasa macam nak skip je semua tempat, lagipun tak berapa nak sihat lagi masa tu. Oh lupa nak bagitahu yang parking dekat botanic garden free, tak payah susah-susah nak bayar haha, i like. 


BALDWIN STREET

Dari botanical garden, kitorang set gps terus ke Baldwin street. Istimewanya street ni sebab ia merupakan the most steepest residential street in the world. Kalau tak percayalah boleh lah google haha. Tapi kan kalau tengok depan mata macam tak percaya je sebab alahai jalan dekat felda rumah mak cik i tu lagi la menakutkan haha. Masa kitorang sampai situ macam tak ada parking sebab dia memang tak ada parking khas pun, parking lah tepi-tepi jalan depan rumah orang. Lastnya, kitorang park dekat depan sekali antara kereta-kereta kat situ dan ambil gambar dari dalam kereta saja, bijak tak? 


Rasa macam ka Korea pulak

Nampak tak ramai-ramai kat atas tu, gigih betul

Ni gambar mula-mula ambik, acah-acah parking depan rumah orang konon nak ambik gambar dari jauh je sekalinya macam tak puas hati. So, terus ke depan. Sekali dekat depan beramai-ramai dorang photobomb gambar i sobsob.  Dalam 10min je kot kitorang dekat sini, lepas tu terus berlepas menuju ke Te Anau. Sebelum tu, isi minyak dulu. Kitorang ambik jalan paling dekat sekali dari Dunedin ke Te Anau mengambil masa 3 jam 30min. Jangan terpedaya, memang tak la kan. Kitorang sampai Te Anau dalam pukul 3 lebih itupun sebab skip Nugget Point and Tunnel Beach, redha je sebab memang lemau hari tu rasa nak cepat sampai. Bila tengok gambar tempat yang kitorang skip ni rasa menyesal semacam je, nangislah sorang-sorang bawah bantal ye. 


Singgah isi minyak

Dunedin town hall

Comel fire station dia

Jambatan apa tak ingat dah haha

On the way to Te Anau

Sepanjang perjalanan

Yeay, sampai Te Anau



TE ANAU

For me, bandar Dunedin agak besar macam Christchurch so lebih senang kalau nak cari barang keperluan atau barang komputer ke dan sebagainya yang susah nak cari dekat kedai kawasan pendalaman kan. Tapi Dunedin agak sibuk bandar dia. Sampai je dekat Te Anau terus cari tempat kitorang akan menginap malam tu. Sekalinya, salah address. Dah lah tempat yang salah address tu cantik dan betul-betul depan tasik Te Anau. Dah excited dah bila sampai sekalinya salah. Aku kecewa. Dengan berat hati ku set gps ke tempat menginap kitorang, surprise! Subhanallah, cantik sangat tempat menginap kitorang yang sebenar. Yes, yang paling  suka sepanjang menginap dekat NZ, Te Anau Lakeview Kiwi Holiday Park & Motel.  Harganya haruslah bawah NZD100 dan dilengkapi dengan dapur hehe. 


TE ANAU LAKEVIEW KIWI HOLIDAY PARK & MOTEL


Baru check in dekat reception

Dari balkoni bilik

Lakeview

View dari tingkap bilik

Depan tu tempat parking caravan/motorhome

Playground

Cabin belakang tu

Unik betul picnic table

Our room 

Complete


LAKE TE ANAU

Lepas check in dan solat, terus drive ke Lake Te Anau, 3 min je dari tempat menginap kitorang. Cantiknyalah Lake Te Anau ni. Kitorang cuma duduk-duduk, menikmati kebesaran dan keindahan ciptaan Allah sambil meluang masa yang berkualiti bersama keluarga. Adalah main lari-lari dengan Hana. Cuma sangat terpaku dengan kecantikan Lake Te Anau, sungguh hebat dan indah ciptaan Allah, siapalah kita untuk riak atau sombong diri di bumi Allah ini. Lepas balik dari Lake Te Anau, singgah kejap dekat supermarket Fresh Choice, antara supermaket yang agak besar di Te Anau dan agak banyak pilihan groceries. 

Ini bukan canvas

Family photo, i taw i gemuk huwaaa

Boleh berlari-lari

Boleh picnic ;p

Dinner : Fettuccine carbonara with salmon (salmon beli kat farm hari tu)

End of day 5 yeay!





0 comments:

Post a Comment