Pages

Sunday 14 June 2015

Resepi : Roti gebu

Roti yang gebus dan lembut bila dicubit gitu adalah kerana rezeki Allah nak bagi dia gebu. Betul dak? Tapi kena berusahala kan untuk mendapatkan roti gebu. Setelah try and error dan sedikit R&D dilakukan maka terhasillah resepi roti gebu. Pernah cuba resepi yang hasilnya sangat lembut tapi sangat rich in milk flavoured, oh tidak berapa kena dengan tekak tapi idaklah tak sedap sebab sedap ni kan subjektif. Ikut citarasa masing-masing, betul tak? Ni resepi roti gebu yang selalunya digunakan untuk segala jenis roti termasuklah roti burger, roti sosej, roti manis, roti pelbagai inti kecuali roti sandwich.

Bahan:

500g tepung high protein
40g gula kastor ( roti manis), 30g (roti burger, roti sosej)
secubit garam
1/2sk bread improver (opt)
3 sb butter
100ml air sejuk
170ml susu segar
1 biji telur
7g yis

Cara (breadmaker mari) :
Masukkan semua bahan kecuali butter.
Tekan setting doh dan start.
Bila bahan dah sebati atau membentuk doh, masukkan butter.
Biarkan sampai siap.
Keluarkan dari bread maker
Onn ove 170-180 degree bergantung pada oven
Bentukkan mengikut kreativiti
Letakkan pada pan yang telah disapu dengan butter
Biarkan naik 2 atau 3 kali ganda
Sapukan campuran 1biji telur dan 1/3 cawan susu segar pada permukaan roti
Bakar pada suhu 170- 180 degree bergantung pada oven selama 20-30 min
Bila dah masak, keluarkan dan terus sapukan butter biar nampak shinning gitu dan untuk mengekalkan kelembutan
Boleh dimakan terus atau boleh disimpan dalam bekas kedap udara bila dah sejuk.


my first roti, huduhnya. Maka nya jangan berputus asa kali pertama



Roti sardin


Roti burger


Nutella bread

Zoom in

Roti sosej mayonis

Boleh jugak nak letap topping cheese

Roti burger ayam

Roti sosej gebu








0 comments:

Post a Comment