Pages

Thursday 11 June 2015

PERTH: Roadtrip ke Esperance (Wave Rock)

Destinasi kami kali ni, eceh destinasi la sangat. ESPERANCE, WA. Tempat yang sangat tenang, cantik dan sesuai untuk orang yang cintakan alam. Kalau suka shopping ini memang bukan tempatnya, kedai pon ada berapa keping je. Tak ramai orang kita tahu tempat ni, ha ni yang nak bagitahu ni. Mungkin disebabkan jarak yang agak jauh dari Perth, so ramai yang skip je tempat ni. Tapi pada yang suka roadtrip, tak lengkap kalau datang western australia tapi tak pergi tempat cantik macam ni.

Perjalanan makan masa 7-9 jam bergantung kepada keadaan dan berapa banyak tempat berhenti sebelum sampai di Esperance. Macam kami hari tu bertolak pukul 4 pagi, selepas subuh sebab subuh awal masa summer. Singgah dalam 2 destinasi sebelum sampai di Esperance, Wave rocks di Hyden dan mengisi minyak walaupun minyak cukup untuk sampai dengan 1 isian sahaja, hehe. Macam biasa, bertolak awal untuk elakkan drama hana yang boring duduk dalam car seat, roadtrip kali ni paling jauh setakat ni, 700++km. Memang nervous habis. 

Malam sebelum bertolak tu memang dah masukkan semua barang dalam kereta kecuali food yang nak dibawa. Lupa nak bagitahu, setakat research saya memang xde restoran halal di Esperance, kalau ada pun mungkin kitorang tak jumpa. Tapi boleh dapatkan ayam halal dan nuggets ( steggles brand), beras dan lain- lain  di Woolworth. Ada juga cafe DOME di pekan Esperance kalau nak mengopi. I just brought ayam masak merah, inti kebab ayam dan ayam goreng yang dimasak dan difrozenkan sehari sebelum. Esok pagi letak foods tadi dalam Esky dan letak ais dan we were ready hehe. Lepas solat subuh dan mandi semua terus kami mulakan roadtrip. Tempat pertama yang kitorang singgah, Wave rocks. Sepanjang perjalanan alhamdulillah hana tidur dari Perth ke Wave Rocks. Pemandangan subhanallah cantik tapi lama-lama jadi boring sebab nampak macam jalan yang tiada penghujung, LURUS!

Tulah perjalanan pergi dan balik kami, 1500km

Wave Rock di Hyden ni memang betul-betul terletak di tengah antara Perth ke Esperance dan sangat sesuai dijadikan tempat persinggahan sementara. Memakan masa lebih kurang 4 jam dari Perth akhirnya kami sampai di Wave Rock. Jangan terkejut bandarnya tidak besar dan sepanjang perjalanan memang nampak ladang gandum. Ha, boleh la tengok kan? mencurah-curah ke ladang gandum. Minta maaf saya tiada gambar sepanjang perjalanan disebabkan masa tu tiada siapa yang paksa rela saya untuk menulis blog makanya tidaklah saya ambil gambar dengan detailnya. Sebelum masuk ke Wave Rocks, kena pergi ke visitor centre dia dan bayar $10 per vehicle untuk entry fee.


Jalan tidak berapa berliku menuju ke Wave Rock

Budak baik sepanjang jalan kita bagi chance dia pose

Inilah wave rock, ni semulajadi bukan dilukis-lukis


Dipanggil Wave rock disebabkan oleh pembentukan batu dan corak yang menyerupai ombak laut. Memang macam ombak pon kan. Subhanallah, hebat kuasa Allah. Dengan ketinggian 14m tinggi dan 110m lebar, tidaklah sebesar mana. Masa kitorang sampai tu rasa macam "oh, besar ni je" tapi sebagai tempat persinggahan adalah sangat menarik tempat ini ye. Pembentukan seperti ombak ini adalah disebabkan oleh hakisan berjuta tahun dulu. Nak cerita lebih pun saya tak reti bukan ahlinya. 


Sampai-sampai je nampak ni. 

Emapangan untuk penduduk Hyden

Dinding di atas Wave Rock dan memanjang terus ini adalah bertujuan untuk merangkap air hujan dan kemudian akan disalurkan ke empangan simpanan. Dinding macam ni memang banyak boleh jumpa di kawasan wheatbelt yang selalunya jarang hujan dan kering. 


Dari lookout atas wave rock

agak licin


Penerangan tentang pembentukan wave rock

Di kawasan wave rock ni juga ada beberapa tempat lain yang boleh dilawati tapi kitorang tak pergi pon sebab si kecil dah penat. Antaranya Hippo's Yawn, batu berbenttuk mulut hippo, memang sebijik kalau tengok dengan mulut hippo. Dari wave rock ke Hippo's Yawn lebih kurang 1km berjalan so kitorang decide hari tu malas nak pergi haha.


Ha, tudia mulut hippo sebesar alam.

Paling cantik datang ke wave rock ni adalah pada musim bunga, september-november. Banyak bunga liar cantik-cantik masa tu, nampak macam ditanam uolls. sangat cantik. Dan bagi pada sesiapa yang datang pada musim panas, bulan 12-2 bersiap sedialah untuk pakai sunglass sebab banyak lalat dan lalat sini sangat suka nak attack bahagian mata. Di wave rock ni, kitorang makan-makan di tempat picnic yang disediakan di car park sebelum sambung perjalanan. Bagi sesiapa yang nak berpicnic sambil barbecue pon boleh, kemudahan ada disediakan. Sebelum sambung perjalanan, isi minyak siap-siap walaupun cukup minyak yang tinggal untuk sampai ke Esperance tapi bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan kan. Macam biasa harga minyak di kawasan pendalaman macam ni memang mahal sikit berbanding di bandar, mungkin disebabkan kos pengangkutan kan. ok, jom sambung perjalanan. 
















0 comments:

Post a Comment