Pages

Friday 12 June 2015

PERTH: Roadtrip ke Esperance (Cape Le Grand National Park)

Terlalu, Tersangat dan amat cantik. Menangis masa sampai dapat tengok depan mata tempat cantik macam ni, terasa kerdil sangat sebagai hamba Allah. Alhamdulillah, semoga perjalanan kali ni lebih mendekatkan diri pada Allah. Air yang sangat jernih sampai boleh dilihat anak ikan berenang-renang dan pasir yang sangat-sangat halus dan putih seperti tepung gandum. Boleh bayang tak? Jadi, nikmat manakah yang kau dustakan! Boleh google review Cape Le Grand kalau masih ragu-ragu. Jujur dari dalam hati eceh, terlalu rindu dengan tempat ni. Gambar detail Cape Le Grand memang xde disebabkan xpernah terfikirkan untuk memblogkan semua roadtrip tapi cuba sebaik-baik usaha dari saya haha. Dari pekan Esperance ke Gape Le Grand memakan masa lebih kurang 50min  ke sejam perjalanan tapi sangat tak terasa kerana perasaan excited yang sukar dibendung dan pemandangan yang cantik sepanjang jalan. Strongly advised untuk memandu 4WD untuk datang ke sini sebab apa? Tungguuuuuu...

Beratur kat belakang tu 

Pintu masuk. Entry fee $11/car dan ada disediakan tapak khemah for $10/n.
 Wajib check in untuk berkhemah di sini ye

Nampak kawasan yang luas terbentang dan bukit-bukit batu ehh

Permandangan beginilah sepanjang jalan di Cape Le Grand, 
That's Frenchman Peak di mana visitors boleh mendaki dan berjalan-jalan.
 Boleh bayangkan permandangan yang dapat dilihat dari atas tu kan. 
Subhanallah, kami xberkesempatan.

hai, nama diberi Hellfire bay

Air membiru, pasir memutih.

Boleh baerjalan sepanjang pantai dari Hellfire bay ke Thistle cove :)

Tapi orang kata pasir saya xsehalus Lucky bay

Syurga Photographer

Masa ni awan mendung, hujan rintik-rintik tapi nampak teserlah kecantikannya

Hellfire bay ni, pantai pertama yang kitorang pergi, ada kemudahan tandas, tempat picninc dan juga kemudahan barbecue. Kawasan parking pun banyak dan luas tapi no beach driving for 4WD sebab tiada access.

Thistle cove. Yang ni katenya ada access tapi kitorang xjumpa

Dari atas kitorang ambil gambar


Cantik kan

Memang banyak batu-batu macam-macam bentuk

Boleh teka tak kat mana ni?

Pasir jadi warna kuning mungkin sebab tayar 4WD

Tenang je kan. This is Lucky Bay

Because you were lucky 

Kanggaroo bermain-main


Kena paksa tangkap gambar dengan kangaroo

Musim rumpai laut bersepahan. Baru tahu ada musimnya. Kalau tak mesti lagi cantik

Close up. Tak perlu edit sebab memang sedia cantik

Kalau bertuah memang boleh jumpa makhluk ni bermain

Pasirnya halus macam tepung tapi husband kata lembut macam jeli. Tak beragak macam jeli

Tak jemu mata memandang



Cantiknya, syurga itu PASTI lebih indah

Sambil menunggu coffee di kiosk Lucky bay

Nikmat betul minum kopi tengok permandangan macam ni


Presenting, the whitest beach in Australia

Macam-macam yang boleh dibuat dekat Lucky bay ni. Boleh memancing, launching small boat dan sagat sesuai untuk swimming sebab airnya yang tenang. Bukan tu je, kalau bawak 4WD boleh lah nak cuba beach driving. Wow kan? Kalau rasa nak camping dekat sini pun boleh, ada disediakan campsite bayaran sebanyak $10/n. Tapi macam biasalah lebih selesa dok hotel kan haha.

Semua gambar memang tidak diedit, letihla nak edit malas pun ia. Kalau yang macam edit tu sama ada tempat tu memang cantik, masa yang tepat ataupun trick kamera haha.





















0 comments:

Post a Comment