Pages

Thursday 27 April 2017

RESEPI DONUT KAPAS (KRISPY KREME INSPIRED)

Salam semua dan selamat pagi semua (masih pagi dekat sini).

Jangan terkejut bila bagitahu yang our family dah selamat balik for good december 2016 hari tu lepas bermustautin di Perth selama 3.5 tahun. Alhamdulillah, banyak kenangan manis, masam dan pahit yang pastinya semuanya menjadi kenangan dan pengalaman yang berharga. Ok, nanti kita sambung balik for good tu nanti ok. 

Semalam balik daripada beli barang sempat singgah solat di masjid, selesai solat ada yang bermurah hati sedekah donut dan karipap pada jemaah. Moga murah rezeki bertambah-tambah, amin. So, balik dari masjid terus masuk dapur nak buat donut untuk jadikan stok dan saja nak mencuba resepi baru dari Food at home.







Memang tersangatlah happy dengan hasilnya, berlemak krim dan sangat sesuai untuk diletakkan topping. Jom tengok resepi dari Food at Home ni ya.


300g tepung gandum/ plain flour/ hig protein flour
1 biji telur
37g gula halus 
secubit garam
30g mentega
1 1/4 sudu kecil yis
1/2 sudu kecil vanila
120ml susu segar

Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker atau i guna mixer sahaja sebab breadmaker tak punggah lagi dalam kotak tu. 
Uli sampai tak melekat di tangan
Canai dan bentukkan menggunakan acuan (i tak guna acuan dan kelihatan senget benget di situ)
Biarkan naik sekali ganda dan goreng dengan api yang kecik tapi panas





Kita close up sikit, nampak tak garisan menawan hati tu? Tipsnya adalah bila menggoreng, jagan terbalik-balikkan donut tu. Masukkan dalam kuali, biar sebelah dah kekuningan sikit baru terbalikkan. Lepas kedua belah dah kekuningan terus angkat. 






Gebus kan dalamnya. Bolehlah kalau nak mencuba resepi ni, memang tak mengecewakan. Topping tu boleh letak nutella atau sugar glaze atau coklat ataupun kalau suka boleh letak coklat dan kekacang ataupun oreo. Selamat mencuba semua.


0 comments:

Post a Comment