Pages

Tuesday 5 January 2016

Bercuti ke New Zealand :Day 9 (Puzzling world, Lake Hawea, Blue pools dan glacier)

Assalamualaikum dan salam tahun baru semua. Tahun 2015 memang banyak membawa kenangan manis, pahit, masam dan tawar, itulah rencah hidup yang mematangkan kita di saat kita mentah, mengingatkan di saat kita lupa dan menguatkan kita di saat kita lemah.  Hari ke 9 kitorang di NZ plan kitorang akan menuju ke Franz Josef glacier, jalan yang amat membosankan hahaha. Ini betul! 1) Tak da coverage 2) Banyak air terjun (husband kata dekat malaysia pun banyak).

Dari Wanaka ke Franz Josef, kitorang plan nak berhenti dekat beberapa tempat :
  • Puzzling World
  • Lake Hawea
  • Blue Pool
  • Haast
  • Fox Glacier
  • Franz Josef Glacier
Pagi tu kitorang keluar agak lambat dalam pukul 9 gitu after breakfast sebab perjalanan hari tu makan masa dekat 4 jam dan banyak tempat nak singgah. Destinasi pertama kitorang adalah Puzzling world. Puzzling world ni tempat macam the maze dan sangat sesuai untuk budak yang dah mula bersekolah. Hakak yang ada anak kecik lagi ni memang tak berapa nak sesuai uooolls takut maknya yang teruja lebih. So sebagai mencukupkan syarat pernah datang ke sini haruslah kita ambil gambar dengan papan tanda pun jadilah kan haha.

Sebenarnya cuaca pagi tu sangatlah gloomy, 
hujan rintik-rintik. This is Puzzling world, ambil gambar ni pun jadilah kan.

Leaning tower



Kalau datang NZ memang jangan risau pasal pamplet maklumat 
tentang tempat best kawasan tu, tour yang disediakan dan 
macam-macam lagi, memang ada di mana-mana. 
Tapi kalau tak jumpa juga boleh lah pergi ke i-site yang berhampiran.


Lake Hawea, kitorang tak jumpa tempat nak parking dekat sini. 
Maybe kitorang yang tak reti cari. 

Ambil gambar dari dalam kereta je  tapi lawa la Lake Hawea ni

Akhirnya nampak juga tempat boleh duduk-duduk, namun parking nya tiada. 

So kitorang pun teruskan perjalanan kitorang, 
sebelah kanan tu lah Lake Hawea. Nampak tak snow-capped mountains tu, 
kita akan melalui kawasan tu ye nanti, Mount Aspiring National Park. 
Ini amaran ok, masuk je kawasan tu memang sendu lah line phone kadang tak dapat langsung.

Jalan menuju ke Mount Aspiring national park

Tiba-tiba nampak rainbow terus  capai phone ambil gambar tanpa henti 

Dan dan ada lookout dekat situ terus berhenti 
sebab nak amil gambar dengan lebih dekat. 
Location dia betul-betul dekat The Neck, daratan yang 
pisahkan Lake Hawea dan Lake Wanaka

Photo of the day

Semakin hilang, dalam 1-2 minit lepas tu rainbow tu pun hilang. 
Ada kereta dan van pelancong yang nampak bergegas juga nak 
parking dekat lookout tu sebab nak ambil gambar gambar rainbow tu. 
Rasa bertuah sangat, Maha suci kebesaran Allah

Samar-samar dah. So,  teruskan perjalanan kitorang ke Blue Pool

Canola field, on the way to Blue pool

Sampai dah blue pool track, ni papan tanda yang kedua. 
Dari papan tanda pertama (dari parking) ke blue pool ambil masa lebih kurang 20min.

Baby carrier yang sangat membantu. Kitorang memang tak bawa 
stroller sebab rasa lebih senang menggunakan baby carrier.

Suspension bridge before sampai ke Blue pool

Sedih sebab blue pool menjadi hijau akibat dari hujan di kawasan ini.
So, pada sesiapa yang tak nak kecewa sebelum datang kena tengok forecast.



Sebelah kiri

Kesimpulannya, kalau nak tengok blue pool ni kaler biru 
haruslah pergi pada hari yang tak hujan.



Tengah hujan waktu ni, perjalanan dari Blue pool ke Haast
 akan melalui hutan yang menebal dan banyak air-air berterjunan. 
Kalau cuaca mengizinkan bolehla nak singgah sebab memang 
banyak air terjun sepanjang perjalanan dari Blue pool ke Haast.

Pantai yang kelabu dan cuaca yang mendung kadang terbawa kepada hujan pula

Ni dekat pantai Haast, kitorang singgah kejap je dekat pekan Haast 
sebab tengok macam tak ada ape sangat dan pekan dia pun kecil. 
Pantai dia tak secantik pantai sebelah Christchurch, Nelson, 
kaikoura dan Dunedin, mungkin sebab cuaca mendung. 
So kitorang pun tak da nak singgah mana-mana terus je ke Franz Josef.

Tiba-tiba rasa macam nampak tempat cantik pulak kan, so berhenti lah 
nasib ada lookout. This is Knights lookout, dalam 15mi dari pekan Haast

Perbezaan laut kelabu dan biru haha, sebelah kiri viewing area


Sebelah kanan viewing area

Tak jauh dari Haast, sampailah kita di Fox glacier. Dengan kata 
mudah nya glacier ni ais yang sentiasa bergerak, kalau tengok pun 
memang nampak macam air yang tengah bergerak tapi tak sebenarnya, 
ketahuilah ia adalah ais. Ada dua glacier yang boleh kita tengok dekat 
South Island NZ ni, Fox dan Franz Josef glacier. Btw, ini adalah air hasil 
dari pencairan glacier, gitulah warna dia.

Warna dia lebih kepada turqoise susu, bukan letak pewarna.


Untuk pengetahuan semua, ada 3 cara untuk menghayati glacier ni bukan-bukan, untuk melihat glacier dengan lebih dekat.
  • Helicopter guide (mahal) : Akan naik heli, lepas tu heli akan mendarat atas ais dan pelawat boleh berjalan-jalan atas glacier bersama-sama dengan guiders yang berpengalaman. Tapi pastikan betul-betul dengar arahan guiders dan bawak baju agak tebal. Tapi amaran, dah banyak dah excident heli dekat Fox glacier ni. Baru-baru ni heli terhempas disebabkan cuaca yang tak berapa nak mengizinkan. Semua mangsa memang tak dapat diselamatkan dan proses mencari dan menyelamat makan hari. 
  • Walk guide : Akan mula berjalan dari satu point dan boleh berjalan atas glacier dengan bantuan guiders. Yang ni pun mahal jugak.
  • Jalan dari parking ke satu point dan hanya boleh lihat dari jarak 100m-200m. Yang ni free sahaja, haruslah pilih yang ni. Tapi sebelum ke sini, kena check weather dan keadaan walk trail bukak atau tutup. 

Fox dan Franz josef glacier ni senang cerita cuaca dia memang unpredictable. 
Kadang forecast kata panas, 10 min lepas tu tiba-tiba mendung dan hujan. 
Dan kalau tengok cuaca dari jalan besar (4km dari jalan besar ke parking glacier) 
panas, belum tentu dekat Fox/Franz josef glacier tu panas.


Masa kitorang sampai tu memang walk trail tutup sebab cuaca tak 
mengizinkan so kitorang pun terus ke Franz josef glacier kot ada rezeki kan.

This is Franz Josef glacier

Cuaca tak berapa nak megizinkan sebab masa kitorang 
baru nak mulakan walk trail tu tiba-tiba hujan lebat. Makanya 
teruslah kita check in motel dan berehat-rehat.


InsyaAllah, next entry akan share tips untuk Franz josef glacier walk trail ok, till we meet next entry. Assalamualaikum













0 comments:

Post a Comment