Pages

Monday 18 May 2015

PERTH : Roadtrip ke Margaret River (Beaches around dunsborough)

Dunsborough ni pekan yang paling utara bagi kawasan MR. Memang pantai bersepah dekat area dunsborough sampai juling tak ingat dah nama-nama pantai. Dan yang pasti semuanya cun melecun. 

Terletak di utara Margaret River dan berdekatan dengan pekan Busselton

Daripada Canal Rocks di Yallingup, kitorang terus ke Dunsborough. Tiada kesempatan nak melawat kesemua pantai sebab kekangan masa. Kalau ada rezeki lepas ni, nak menapak je dekat dunsborough main-main air, tengok sunrise dan sunset. Terlalu cantik. I wish to settle down dekat tempat macam ni. Langkawi maybe? Ok, back to the topic. Kitorang terus shoot ke Meelup Beach.


Meelup Beach ni mengingatkan tentang Malaysia

Ramai orang picnic, parking pun penuh

Walaupun cerah, tapi air dia macam air batu tauuu!

Lepas Meelup Beach, banyak lagi beaches lain seperti Eagle Bay, Castle Bay, Curtis Bay, Point Piquet Point, Shelley Cove dan Bunker Bay (tempat orang usha whales semasa musimnya). Piquet Beach dan Shelley Cove (ketika air tenang) sangat sesuai untuk aktiviti snorkeling. Kitorang tak sempat nak mandi, snorkeling, mandi ataupun duduk picnic lama sepanjang pantai-pantai. Hanya datang melihat-lihat, mengkagumi ciptaan Yang Maha Esa. Ada rezeki i surely explore this area. So beautiful i tell you haha.


 Piquet Point

Malas nak keluar dari kereta

Terpaku melihat pantai cantik macam ni

Bunker Bay

Agak banyak batu di sini

Tenang sungguh Bunkey Bay

Tempat last kitorang pergi sebelum balik ke hotel adalah Sugarloaf Rock. Kononnya nak ambik gambar sunset tapi bila difikir balik adalah lebih elok untuk balik balik awal ke hotel sebab seharian dah tengok pantai-pantai sampai mabuk pantai dah. diberi nama Sugarloaf Rock kerana bentuknya menyerupai bentuk sugarloaf. Ia merupakan batu granit yang seakan membentuk pulau di laut. Istimewanya Sugarloaf Rock ni, ia merupakan rumah kepada red-tailed bird pada bulan september-februari dan semestinya masa kitorang datang takde burung tu sebab dah bulan 4. Kalau bernasib baik, dolphin dan ikan paus (julai - oktober) juga dapat di lihat dari sini bermain-main. Antara aktiviti lain yang boleh dilakukan dekat Sugarloaf Rock ni memancing, scuba diving, explore the surrounding rocks dan kalau ombak mengizinkan bolehlah kalau nak surfing di sini.


Dari lookout Sugarloaf Rock di sebelah kanan

Breeding site for red-tailed bird

Itulah Sugarloaf rock nya

Memang nampak bentuk sugarloaf kan?

Batu-batu yang boleh diexplore atau dipanjat atau diambil gambar. 
Buatlah apa pun asal tidak membahayakan diri, orang lain ataupun tempat ini

















0 comments:

Post a Comment