Pages

Tuesday, 14 June 2016

EUROPE TRIP : Bercuti ke Switzerland dan tips

Assalamualaikum semua, sihat tak semua? Selamat menyambut bulan ramadhan yang ditunggu-tunggu sebab apa? Sebab bulan ramadhan sangat istimewa, ganjaran yang Allah janjikan amatlah besar dan kerana adanya satu malam yang sangat istimewa, Lailatulqadar. Semoga kita semua dapat manfaat daripadanya. 

Sorry sangat sebab lama tak update, takdelah pun busy tapi haih sibuk dengan benda-benda dunia yang takkan pernah habis. 4 bulan tanpa berita kan hahaha. Sebenarnya kitorang sekeluarga baru balik dari Europe, bukan europe sangat pun cuma Switzerland dengan Amsterdam je pun sebab Paris trip terpaksa kitorang batalkan atas sebab yang haih nantilah kita cerita kan benda-benda sedih gitu. Kalau boleh, tak nak cerita benda sedih-sedih ni tapi wajib cerita juga sebagai iktibar dan panduan kalau menghadapi benda yang sama. 

Sebenarnya, europe trip ni bukanlah percutian lah tapi pergi conference sambil mencuci mata haha. Sebenarnya my husband dah pergi dulu 3 hari sebelum I dengan hana dari PERTH-AUH-GVA naik Etihad. Atas sebab yang tak dapat dielakkan, I dengan hana bertolak dari Malaysia (KUL-DXB-GVA) naik emirates. Macam biasa memang suka ambil flight malam lagi-lagi kalau travel berdua dengan hana. KL-DXB amek masa 7 jam dan ai sampai dekat DXB dah cerah dah kat sana dan transit 3 jam dekat Dubai. TIPS bagi yang travel berdua dengan anak macam ai dan transit di DUBAI :

  • Airport Dubai sangat besar dan sangat busy dan terlalu ramai orang sebab flight emirates selalunya memang akan transit dubai. Makanya sampai je arrival korang terus ikot signboard transit tanpa lengah masa, kalau tak pasti tanya je orang sila jangan malu nanti terlepas flight naya. Sebelum sampai gate, akan melalui security check so kalau korang bawak anak macam ai memang depa bagi priority macam first/bussiness class haha. Hikmah bawak anak. Lepas tu terus cari mana gate korang dan pastikan yang korang berada di gate yang betul, pastu nak pi toilet kejap ke boleh lah.

  • Masa ai sampai memang xde stroller yang available so ai kena angkut hana dari pintu arrival sampailah ke gate yang sangat jauh. Kalau boleh sila bawa baby carrier. Silap hari tu baby carrier ade dalam beg yang husband dah bawak maka dengan redhanya I angkut si hana sampai bebrapa kali kecundang sebab tangan ai rasa macam nak patah.

  • Babyroom dekat airport Dubai memang tak ada kerusi utk nursing, tak tahulah kalau I tak jumpa 

Ok, lepas 3 jam ai pun naik flight yang kedua. Alhamdulillah tak ramai orang dan banyak kosong makanya dapatlah seat luas. Untuk pengetahuan korang sepanjang flight ni hana tak sihat mungkin sebab perubahan cuaca sebab Perth dah mula sejuk, balik malaysia panas dan selalunya itulah yang terjadi bila hana balik malaysia . Dan yang sangat tak bijaknya, segala ubat yang dah disediakan semua dalam beg yang dah dibawa husband, hadoi rasa nak hantuk pala kat dinding sebab careless. Sepanjang flight 7jam+3jam transit+7jam dan 3 malam tak tido makanya I pun dah ting tong, sepanjang flight berdoa supaya masa cepat berlalu dan kitorang sampai ke destinasi. Ya Allah tak tahu macam mana nak cakap bertapa leganya I bila pilot kata selamat landed, bersyukur sangat sebab ai survived haha. 

ok, nanti ai sambung ok and upload gambaq sampai hampa menyampah haha.

Yeay, reunited!

0 comments:

Post a Comment