Pages

Wednesday, 28 September 2016

Europe trip : Bercuti ke Switzerland

Asaalamualaikum semua, kali ni punya entry tak dak nak kata aluan ke atau kata rangka karangan dan seberadik dengan depa sebab dah banyak sangat tangguh kan. Minta maaf semua ya walaupun tahu dah bukan ada pun yang nak tengok sangat pun blog yang dah berabuk ni.

FLIGHT TICKETS
Untuk flight tickets ai memang tak da survey pun tarikh mana paling murah tapi survey taw airlines mana yang paling reasonable, effort di situ jangan dipertikai. Sebab apa? Sebab ikut tarikh conference so u all semua yang boleh pilih tarikh tu ai nak suggestkan beberapa tips kalau nak beli tiket flight murah :

  • subscribe airlines macam qatar, emirates, malaysia airlines, etihad so kalau ada sale depa akan email ke kita so masa tu cepat2 grab
  • boleh tengok dekat kayaks, skyscanner dan lain-lain. TAPI hampa jangan beli melalui website tu sebab dia ada charge dan kadang2 dekat website airlines tu sebenarnya harga tiket tu lagi murah
  • beli return tikets lagi murah dari beli single ticket
I survey je dekat skyscanner dan ai pilih emirates untuk route dari KL-Geneva bukan sebab paling murah tapi sebab mak ai yang tak bagi I naik turkish airlines walaupun I nak pilih turkish airlines dan jauh lg murah. Takpelah, I paham napa mak tak bagi tapi memang ada hikmahnya naik emirates memang best! Kitorang ambil flight malam sebab malam Hana tidur so ai bolehlah rehat tapi kita hanya merancang Allah sebaik Perancang. Hana demam malam tu tapi tak adalah terlalu panas dan yang paling I menyesal sebab segala ubatan husband ai dah bawak pergi switzerland, poor Hana. So malam tu dalam flight ai memang tak tidur sebab Hana banyak terjaga dan I sponging Hana sepanjang flight. Take note ok, just in case bawa je lah ubat dalam hand luggage. Malang memang tak da bau.

Besar jugak emirates ni

Rasanya ni breakfast kalau tak silap. Croissant dia sedap, tak pernah lagi 
jumpa croissant sedap macam emirates dengan masa makan dekat europe lepas balik Perth


Sebenarnya kan I dah tulis perenggan ni tapi apakan daya laptop mati tak bagitahu warning pun. Ambil flight malam memang tak rasa sangat tahu-tahu dah sampai. Masa sampai tu memang ai tak berlengah terus ikut signboard transit untuk ke gate next flight. Sebelum sampai gate memang akan beratur panjang untuk check kastam. Disebabkan I bawa Hana so merasalah beratur dekat VIP kan. Yeay, cepat dan memudahkan. haha. I memang dah siap-siap solat subuh dalam flight so memang tak kelam kabut la kan bila dekat airport. Lepas jumpa gate tu terus tukarkan nappy Hana lepas tu just rest. Sempat bekenalan dengan indonesian yang stay dekat Germany, transit nak balik ke Germany dari Indonesia dengan 2 orang anak. Tabah sungguh! Terus bertambah keyakinan diri. 

Benda yang I paling menyampah sekali dengan Airport Dubai adalah WIFI 60min sahaja. KEDEKUT! Nasiblah flight ai cepat je dah boleh masuk kan. Urusan dekat airport Dubai alhamdulillah tak ada masalah.

Bai Dubai, boleh nampak Burj Khalifa dari airport

Pesat membangun Dubai tapi kawasan dia memang berhabuk gitu 

Baru berlepas nampak kawasan macam ni, maka bermulalah pengembaraan dalam flight dari Dubai ke Geneva. Dalam hati memang rasa nak cepat sampai je sebab kesian tengok Hana yang demam. Mak pun tak larat dah.

Yeah, after 6hs, alhamdulillah nampak dah snow-capped mountains. 
Dah boleh rasa lega nak landing dah. Sepanjang Dubai-Geneva dapat l
unch dengan snack sekali, kalau tak cukup boleh mintak lagi

Masa dah nak sampai tu memang rasa lega sangat tak terhingga leganya. Yang tak dapat dinafikan lagi, Switzerland memang nampak sangat cantik walaupun hanya terjengok-jengok dari atas flight haha. Husband memang dah tunggu dekat airport Geneva, sebab I tak yakin nak membeli dan mencari platform train yang mana nak pergi Les Diablerets dengan anak bersama-sama luggage. 

After keluar dari perut kapal tu, akan naik bas untuk pergi terminal nak cop immi. Immi dia tak banyak songeh, dia cuma tanya betul ka ni anak I, tapi ai dah standby surat beranak dah. Sebab pernah baca sebelum ni ade immi officer yang mintak surat beranak kalau kita travel solo dengan anak je. Tujuan dia bagi nak elakkan perdagangan manusia, husnuzon je dia hanya menjalankan tugas dia bukan nak susahkan kita haha. Tapi airport dia memang langsung tak mesra kids dan mula la I rindu airport australia dengan nz (2 negara tu je pun pernah pergi haha). After cop passport semua boleh tunggu nak ambil luggage. 

TIKET TRAIN

Ok, ni penting ok! After dah ambil luggage semua, sila ambil tiket transport free 90 min untuk digunakan di kawasan bandar Geneva. Disebabkan Les Diablerets berada jauh nun dari Geneva so kitorang tak ambil pun, just beli tiket biasa. Untuk pengetahuan semua, korang boleh beli segala jenis pass yang sesuai dengan itinerary trip korang. Boleh tengok dekat website ni switzerland transport travel system

Jujur saya kata transport dekat Switzerland sangat mahal so sila buat kira-kira sebelum beli huhu. Dan yang paling best sekali dekat Geneva ni, kalau kita menginap di mana-mana hotel, pihak hotel akan bagi free transport pass untuk kita guna sekitar bandar Geneva sepanjang kita menginap. So, jimat di situ kan. Kalau korang terhilangkan pass tu sila minta pada pihak hotel, they will give a new one. Bagi sesiapa yang tinggal selain hotel contohnya airbnb, saya tak berapa pasti sama ada dapat atau tidak pass tu tapi kalau tak dapat boleh beli Geneva pass 24,48 atau 72 jam atau boleh beli juga yang untuk 60min bagi short ride.  Boleh usha di website ni geneva pass

Ok, lepas keluar, ikut je signboard pergi train ok, jumpa kedai macam ni 
atau boleh beli di mesin dia. Kalau nak tanya apa-apa, 
tanya je dekat orang dalam tu ok hihi (ehsan gambar google)

Ni daripada keehsanan gambar google juga, contoh platform mana, 
nanti dia tulis terpampang besar dekat board nak pi mana dengan 
platform berapa, jangan salah pulak ok. 

Ha, ni contoh itinerary train kitorang. Voie tu platform. jauh kan Les Diableretes,
 2jam setengah naik train baru sampai. Nanti dah sampai stesen Aigle kena tukar train lagi. 
Bila train dah sampai, naik dan berehat lah jangan sampai terlepas stesen hihi

Dalam train tak sempat nak boring sebab view cantik sangat

Gambar tak berapa nak lawa sebab ambil dari dalam train



ladang anggur



sampai Les Diablerets

soooooooooo beautiful

unpacked, terus bagi budak kecik ni makan ubat

Sebelum share lagi pasal Switzerland, pada yang menunggu tu ai belanja link video dari airport ke Les Diablerets  ok hehe.









Thursday, 16 June 2016

Resepi kek pandan gula melaka gebu gebas (with video)


UPDATE ALERT! i tepek link video supaya semua senang tengok ok step by step!Enjoy!





Assalamualaikum semua, hari ni hari ke 12 Ramadhan. Kuih raya?memang tak terfikir lagi nak buat haha sebab baru nak ambik mood puasa ni lepas balik dari Europe. Jetlag? Tak jugak, tapi dua hari jugaklah jetlag but husband dengan Hana relax je kan macam tak de apa yang berlaku dan berubah. Hari ni nak share resepi kek pandan gula melaka yang gebus dan mat saleh sini pun suka kahkah. Resepi ni saya buat jual dan memang best seller. 


Utk menghasilkan cupcake atau cake sila guna bahan yg berkualiti dan terbaik.

PERHATIAN : Guna kelajuan paling minima ketika memukul bahan. 


Oven perlu di panaskan 20 minit sblm membakar cupcake atau cake pada suhu 160 darjah celcius.
* utk cupcakes tambah 25 gm xtra tepung super fine di dlm adunan resipi. Untuk cake kekalkan resipi seperti di bawah.

CUPCAKE / CAKE
Bahan-bahan
190g salted butter (SCS) atau tatura suhu bilik
1 tsp vanilla 
200 gm gula kastor
3 biji telur gred A
200g tpg naik sendiri (ayak)
100g tpg super fine (ayak)
1st baking powder
*105g santan (ayam brand) + 45g air + 3 sb susu full cream +1 1/2 sb pandan paste [semua bahan ini dicampur sekali]
* pewarna hijau (jika perlu)

Cara-cara:
1. Panaskan oven 160 darjah celcius selama 20 minit.
2. Campurkan butter, gula & esen vanilla pukul sebati & sedikit kembang dlm 2 minit. Setelah kembang masukkan telur satu per satu. Pukul sebati dan rata.
3. Tpg super fine, tpg naik sendiri & baking powder disatukan. Masukkan ke dalam adunan diselang-selikan dgn campuran santan tadi. Pukul perlahan supaya sebati. Jangan pukul lebih. Nanti cupcake keras. Adunan sedia untuk di bakar. Sama juga kaedah untuk kek.
4. Isi adunan dlm solo cup anggaran 3/4 cup. Bakar selama lebih kurang 20-22 minit atau hingga masak. Masa yg sama juga utk cake bg setiap loyang. Jika belum masak tambah masa bakar sedikit demi sedikit. Cth 3 minit. Setelah masak, sejukkan baru letak topping.





Gula Melaka Swiss meringue buttercream:

Air gula Melaka dibuat ketika sblm menghasilkan smbc. Tapi tidak boleh terlalu awal kerana nanti mudah beku.
Air gula
200g gula Melaka (gula kabung) hancurkan
1 helai daun pandan dicarik dan pintal
1/2 cawan air
*air gula akan mula pekat setelah sejuk
*cadangan terbaik buat air gula semasa proses membuat smbc.
Cara-cara
Satukan gula melaka, air dan daun pandan masak di atas dapur dgn api perlahan sehingga semua cair, tutup api dan sejukkan.


SWISS MERINGUE BUTTERCREAM
[sebaiknya guna mixer heavy duty. Jika tiada, guna hand mixer tetapi agak lambat hasilnya. Untuk cake gandakan kepada 1 1/2 adunan resipi ini]


Guna whisker ballon utk menghasilkan icing ini.
3 biji putih telur saiz besar
90 gm gula kastor
150g tatura salted butter sejuk (potong kiub kecil)
1 tsp esen vanilla
Cara
1. Satukan gula & telur putih dlm bekas (mangkuk tin), kacau dulu dgn whisk sebelum double boil supaya gula mudah larut.
Buka api perlahan dan lakukan double boil. Ambil spatula plastik atau whisker kacau supaya gula cepat larut dlm telur tadi. Semasa mengacau jgn tinggal. Tak perlu tunggu lama utk larut. Kejap sahaja. Biasanya suam sikit-sikit gula dh larut. Jangan sampai telur masak.
2. Bila dh larut segera angkat  dan masukkan dalam bowl mixer dan putar menggunakan whisker ballon hingga jadi meringue yg pekat dan kental [hard peak]
3. Kemudian Masukkan butter sejuk tadi dan putar dgn whisker hingga sebati elok. Mula putar plg laju, pada peringkat permulaan adunan jadi cair sedikit, putar lagi sehingga adunan sebati elok dan jadi seperti tekstur buttercream. Masa dalam 4 minit. Kemudian masukkan esen vanilla. Pukul lagi hingga sebati. Kemudian tukar kepada speed plg perlahan hingga smbc menjadi licin dan halus dlm masa 3 minit.
4. Kemudian masukkan 1 sudu besar air gula Melaka ke dalam mixer tadi sebanyak 4-5 kali secara berperingkat, bergantung kpd manis dan rasa smbc yg anda mahu. Biasanya warna smbc agak perang kecoklatan cair , rasa Serta wangi gula Melaka. Kemudian teruskan memukul icing dgn perlahan sehingga cantik dan licin. Icing sedia utk digunakan.
5. Asing boleh di simpan di dlm peti sejuk. Jika nk digunakan dari peti sejuk keluarkan  2 jam lebih awal. Tak perlu pukul just kacau dan spatula sahaja.
6. Paip aising secara melingkar berlapis di atas cupcake. Di tengah isikan dgn air gula melaka. Taburkan angel coconut flake di sekeliling smbc tadi. Sedia utk dimakan.
7. Utk cake, digunakan utk melapis dan mengicing cake. Setiap lapis cake direnjis dgn gula Melaka.
Tips: Bakar cupcake sehari sebelum supaya rasa lebih mesra & moist. Cupcake ini boleh di simpan di dlm peti sejuk. Pastikan ia dimasukkan kedalam kotak supaya kelembapan cupcake berterusan. Cupcake ini tahan sehingga seminggu jika peti sejuk bersih dan betul-betul sejuk.




LATER I WILL UPDATE STEP BY STEP OK :)




Tuesday, 14 June 2016

EUROPE TRIP : Bercuti ke Switzerland dan tips

Assalamualaikum semua, sihat tak semua? Selamat menyambut bulan ramadhan yang ditunggu-tunggu sebab apa? Sebab bulan ramadhan sangat istimewa, ganjaran yang Allah janjikan amatlah besar dan kerana adanya satu malam yang sangat istimewa, Lailatulqadar. Semoga kita semua dapat manfaat daripadanya. 

Sorry sangat sebab lama tak update, takdelah pun busy tapi haih sibuk dengan benda-benda dunia yang takkan pernah habis. 4 bulan tanpa berita kan hahaha. Sebenarnya kitorang sekeluarga baru balik dari Europe, bukan europe sangat pun cuma Switzerland dengan Amsterdam je pun sebab Paris trip terpaksa kitorang batalkan atas sebab yang haih nantilah kita cerita kan benda-benda sedih gitu. Kalau boleh, tak nak cerita benda sedih-sedih ni tapi wajib cerita juga sebagai iktibar dan panduan kalau menghadapi benda yang sama. 

Sebenarnya, europe trip ni bukanlah percutian lah tapi pergi conference sambil mencuci mata haha. Sebenarnya my husband dah pergi dulu 3 hari sebelum I dengan hana dari PERTH-AUH-GVA naik Etihad. Atas sebab yang tak dapat dielakkan, I dengan hana bertolak dari Malaysia (KUL-DXB-GVA) naik emirates. Macam biasa memang suka ambil flight malam lagi-lagi kalau travel berdua dengan hana. KL-DXB amek masa 7 jam dan ai sampai dekat DXB dah cerah dah kat sana dan transit 3 jam dekat Dubai. TIPS bagi yang travel berdua dengan anak macam ai dan transit di DUBAI :

  • Airport Dubai sangat besar dan sangat busy dan terlalu ramai orang sebab flight emirates selalunya memang akan transit dubai. Makanya sampai je arrival korang terus ikot signboard transit tanpa lengah masa, kalau tak pasti tanya je orang sila jangan malu nanti terlepas flight naya. Sebelum sampai gate, akan melalui security check so kalau korang bawak anak macam ai memang depa bagi priority macam first/bussiness class haha. Hikmah bawak anak. Lepas tu terus cari mana gate korang dan pastikan yang korang berada di gate yang betul, pastu nak pi toilet kejap ke boleh lah.

  • Masa ai sampai memang xde stroller yang available so ai kena angkut hana dari pintu arrival sampailah ke gate yang sangat jauh. Kalau boleh sila bawa baby carrier. Silap hari tu baby carrier ade dalam beg yang husband dah bawak maka dengan redhanya I angkut si hana sampai bebrapa kali kecundang sebab tangan ai rasa macam nak patah.

  • Babyroom dekat airport Dubai memang tak ada kerusi utk nursing, tak tahulah kalau I tak jumpa 

Ok, lepas 3 jam ai pun naik flight yang kedua. Alhamdulillah tak ramai orang dan banyak kosong makanya dapatlah seat luas. Untuk pengetahuan korang sepanjang flight ni hana tak sihat mungkin sebab perubahan cuaca sebab Perth dah mula sejuk, balik malaysia panas dan selalunya itulah yang terjadi bila hana balik malaysia . Dan yang sangat tak bijaknya, segala ubat yang dah disediakan semua dalam beg yang dah dibawa husband, hadoi rasa nak hantuk pala kat dinding sebab careless. Sepanjang flight 7jam+3jam transit+7jam dan 3 malam tak tido makanya I pun dah ting tong, sepanjang flight berdoa supaya masa cepat berlalu dan kitorang sampai ke destinasi. Ya Allah tak tahu macam mana nak cakap bertapa leganya I bila pilot kata selamat landed, bersyukur sangat sebab ai survived haha. 

ok, nanti ai sambung ok and upload gambaq sampai hampa menyampah haha.

Yeay, reunited!

Tuesday, 19 January 2016

Bercuti ke New Zealand :Day 12 (Last day)

Assalamualaikum semua, memanglah tak tahu nak cakap ape dengan diri sendiri, sangat hangat-hangat tahi ayam konon nak post all the NZ entries bulan Dec tapi see sekarang Januari pun dah nak habis. Hari last kitorang dekat NZ dimulakan dengan membasuh dan mengeringkan segala baju dan berehat-rehat. Tepat pukul 10 baru kitorang check out. Flight kitorang dalam pukul 7.50 malam macam tu so untuk kill masa kitorang pun pergi la Botanic Garden, saja duduk-duduk tepi sungai. Tapi tak tahu lah kenapa masa lambat berlalu, so kitorang bajet kalau nak gi mana-mana pun before pukul 4 sebab pukul 4 kitorang nak hantar kereta balik dah. 

Had a great stay here

Tulips are everywhere

Parking depan pintu masuk Christchurch Botanical Garden



Ini belum cukup extreme

Christchurch Botanical Garden


Christchurch Botanical Garden

Christchurch Botanical Garden

Christchurch Botanical Garden

Christchurch Botanical Garden

Christchurch Botanical Garden

Duduk tepi Avon River

Tenang je, memang layan

Christchurch Botanical Garden

PEMULANGAN KERETA SEWA

Dalam pukul 12 camtu haruslah perut bekeroncong kan so ajak husband pi Nandos sebab dekat dan senang padahal kalau diikutkan memang bukan peminat nandos pun. Tak tahulah berapa kali makan Nandos dekat NZ, rasanya pernah makan sekali je Nandos dekat Malaysia.  So beli Nandos pun dalam setengah jam dan makan sejam, memang kill masa dekat situ. Lepas tu kitorang saja ronda-ronda bandar Chrischurch, dan dalam pukul 3.50 camtu kitorang gerak ke Ace car rental nak pulang kereta.

Urusan pemulangan kereta senang je cuma satu yang korang kena pastikan yang korang dah isi minyak full balik kalau tak kena bayar dalam NZD50 ke NZD60. Lepas tu pergi ke kaunter dan pihak car rental check kereta kalau ada rosak atau kecacatan. Since kitorang ambil full cover insurans, kitorang tak ambil port pun bab rosak ke cacat ke sebab insurans akan cover semua tu. So, kitorang tunggu shuttle van dekat tempat duduk luar bersama-sama beg. Bila van sampai kitorang naik dan sampai airport. Sampai-sampai je airport kitorang pergi baby room, solat, tunaikan segala hajat dan tukarkan pampers Hana. 

Sebenarnya ada kisah kelakar yang belum diceritakan. Masa kitorang hantar kereta kitorang memang dah check tak ada apa yang tinggal.Taaaappppiii bila menunggu pintu masuk kastam buka kitorang ingat nak cas Ipad sekalinya cari-cari takda rupanya tetinggal dalam kereta. nak nagis rasa masa tu. Terus call car rental, katanya kereta dah hantar pergi servis dan minta call lagi beberapa hari kot ada dalam kereta. Beberapa hari lepas tu pihak car rental bagitahu ada Ipad tertinggal dan diorang kata akan dipos. FREE. yeay so Ace Car rental is highly recommended!


Kereta yang banyak berjasa

My fav apple variety so far

Christchurch Airport

Playground depan gate

Kita main dulu

Christchurch Airport

Waiting room

Sangat selesa, ada tempas cas segala gajet dan baby room 

Sebenarnya kitorang sedih sebab flight kitorang malam sebab tak nampak pergunungan alps dari atas flight. Sedih tahu tak, sedih.  So kalau korang bercita-cita nak tengok pilihla flight siang ok, sanagt cantik! Thank you for reading :)
Sunday, 10 January 2016

Besrcuti ke New Zealand : Day 11 ( Apostles View Motel, Arthur's Pass, Castle Hill, Re:start dan Afghan Restaurant )

Assalamuaalaikum semua.

 Dah dua minggu kita masuk ke tahun baru kan, apa azam baru korang? Tak payah gempak sangat pun takpe asal realistik tapi kalau azam tu gempak dan realistik lagi lah bagus kan. Azam tahun baru pertama haruslah habiskan entry pergi NZ haha. Memang peram tahap tak ingat dunia ni kan, empat bulan dah. Sebenarnya terlalu banyak azam utnuk tahun 2016 ni dan harapnya semua tercapai, please doakan dan semoga segala azam dan impian korang untuk tahun 2016 dan seterusnya berjaya dicapai. Azam tahun baru haruslah nak mengembalikan badan kembali ke zaman anak dara.

Bagi merelaisasikan azam pertama tahun ini untuk terlaksa, mohla kita ke hari yang ke sebelas ye. Sebenarnya, untuk pengetahuan korang, kitorang dah book dan dah bayar pun untuk bermalam hari kesebelas tu dekat Hanmer Spring hotel. Hanmer spring ni memang tempat popular la untuk orang bercuti sebab ada thermal pools dan spa dan tempatnya sangat cantik tapi bila fikirkan balik esoknya kitorang punya flight petang so better kitorang stay dekat Christchurch dan berehat-rehat dekat Christchurch kan. So, malam tu ai sebagai orang yang bertanggungjawab book hotel terus book hotel dekat Christchurch. Hari kesebelas kitorang dekat NZ memang sayu sebenarnya sebab dah nak balik tapi nak buat macam mana kehidupan ni pun hanya sementara maka nikmatilah dengan baik. Pagi hari kesebelas tu kitorang keluar dari hotel memang tepat pukul 10 dan cuaca hari tu agak gloomy and cloudy. Tengok forecast memang akan hujan so kitorang redha jelah lagipun hari tu memang tak plan nak singgah banyak tempat pun.


Inilah motel yang kitorang stay dekat Greymouth 
dan kereta yang sangat berjasa

Walaupun cuaca seperti mengerti hatiku tetapi air sungai itu haila sangatlah cantik


Terjumpa pulak lembu sado

Orang kata jalan dari Greymouth ke Christchurch via 
Arthur's pass ni sangat cantik masa winter

Matahari di manakah dikau

Dekat Deaths Corner

Kea bird di salah satu lookout di Deaths Corner, ala nomey

Deaths Corner


Arthur's Pass

Si matahari telah menampakkan dirinya, yeay

Cantik sangat Arthur's pass ni


Dah nak sampai dekat pekan Arthur's pass, sorry semua sebab memang takdak gambar pekan dia sebab Hana tengah ngamuk masa tu. Cabaran weh cabaran weh. Tapi nak dipendekkan cerita Arthur's pass ni pekan dia kecik je, ada stesen ketapi sebiji dan dikelilingi gunung ganang yang gemok tak lupa juga berada ditepi sungai yang jernih airnya.

Macam biasa gambar dari dalam kereta
Dapat bayang masa winter macam mana kan




Dekat parking Cave Stream Scenic Reserve tracks and cave walk 

Makan dan membuang

Lawa nau RnR dia

Makan


Sebenarnya boleh buat cave walk dekat sini tapi kami skip

Jalan-jalan keliling je

Cantik pulak batu-batu ni


Letih jugalah nak perabih satu pusingan

Cantik tak kak ton hehe


Castle Hill

Tak jauh dari Cave Stream tadi adalah Castle hills, tempat shooting Narnia

Let's go

Besar kawasan dia, tiada fee untuk masuk FOC

Tu dia batu dia, kemain cantik lagi. Besau nau

Kitorang pergi 1/10 je kot sebab alasan macam biasa 
tak larat nak mengejar Hana disebalik batu-batu ni


Unik sangt landskap dia

Bye Castle hill, mari teruskan perjalanan ke Christchurch

Di mana-mana bunga ini

Singgah Avon River


Re:START

Re:START ni macam kawasan jual cenderamata yang diorang buat dari kontena

Kawasan ni dibuat sebab Christchurch masa 2011 kena gempa bumi 
dan kalau perasan Christchurch ni banda dia tak delah teratur sangat.
 Banyak jalan  dan bangunan yang masih dibaik pulih sampai sekarang

Tak tahu napa ada jam ni

Nila hotel kitorang very the english style kan, Camelot Motor Lodge
Siap ada kitchen dan laundry tapi tak guna pun kitchen tu. 
Makan dekat luar saja sebab dah nak balik kan

Topup cenderamata dekat RE;START tapi mahal la nasib sikit je kena beli

Salah satu kedai cenderamata

Lembu Hana paw dekat Re:START tadi

Dinner dekat Afghan Restaurant, tak mampu weh nak habiskan semua.
 Dia memang dah siap macam ni menu dia tak de pilihan kecuali roti-roti. 
Alamat kedai ni 316 Lincoln Rd, Addington.