Setiap kali musim anggur, dalam bulan 12-3 memang inilah tempat yang kitorang tuju. Kenapa tak beli je dekat pasar-pasar dekat dengan rumah? Selalu dah beli tapi rasanya haruslah lain kan. Kalau malas nak pergi jauh-jauh beli jelah dekat pasar tepi rumah. Kitorang dah try anggur dari beberapa vineyards dekat Swan Valley tapi nilah yang menepati citarasa kitorang. Anggur jenis sultana dia, manis dia! Fuh Fuh.. Amaran, jangan makan banyak sangat nanti mula lah nak sakit tekak, batuk dan demam. Manis sangat bak hang. Terletak di tepi jalan, Main Road Millendon WA, Australia, bukan sahaja menjual pelbagai jenis table grapes, ada juga tembikai yang sangat manis, rockmelon dan buah-buah lain. Kalau rasa pusing 2-3 kali Swan Valley tu tak jumpa, bolehlah tanya dekat visitor centre Swan Valley, jangan bersegan hati mereka pasti membantu.
inilah vineyardnya
Selalu tembikai yang lonjong lari murah dari yang bulat. Pernah beli $3 sebiji yang bulat tu. Maneeeh
Boleh cuba dulu sebelum beli
Nampak tak dekat papan hitam tu harga-harga dia. Our favourite of course la Sultana.
Haa. Sekali beli sebiji tembikai, 3 biji rockmelon (range harga $1-$3), sekilo black beauty dan dua kilo sulatana buat bagi ke jiran sikit-sikit. Ada juga menjual garlic yang ditanam sendiri, tahan lama katanya tapi kami tak pernah beli. Mahal sungguh $20/bag, kadang pernah nampak $38/bag dekat kedai-kedai lain.
Ladang anggur depa, best nooo tapi tak boleh pick ye
Tangkap gambar ke nak duduk ke, tuan tanah bagi
Nampak buah dia tu
Bergayut, geram
Red globe kot ni, besar-besar buahnya
Tua dah pokok dia ni kan.
0 comments:
Post a Comment