Memang rezeki masa pergi bercuti hari tu, ada Apple festival di Donnybrook. Tapi taklah datang semata nak pergi apple festival ni. Dengar-dengar apple festival ni memang diadakan easter weekend tiap tahun di Donnybrook. Opss, lupa nak bagitahu yang Donnybrook ini memang pekan epal, sebab apa? Sebab bila masuk je kawasan Donnybrook memang terus nampak lautan pokok epal. Ada juga pokok buah lain macam peach, avocado dan plum. Perjalanan dari Margaret River ke Donnybrook boleh makan masa 1jam tapi disebabkan hotel kami di Bunbury, dalam 20 min dah sampai di Donnybrook. So, malam pertama di Margaret River tu kami terus ke Apple Festival nak tengok bunga api je pon.
Inilah gambar yang sangat dibanggakan my hubs
Bunga api lagi
Sebelah tapak festival, ada tapak permainan, Apple fun Park. Syurga kanak-kanak dengan bertemakan buah-buahan. Hana terus naik hormon gembira dia bila nampak ni.
Pokok kelapa kot tu ye
mak budak pon suka
Bagi terang gambar pertama tu
Claimed to be the biggest free entry playground in Australia
nampak tak ada dua orang tengah bergembira
Balik dari sini memang terus balik ke hotel sebab takut dah malam. Dari Donnybrook ni ke Bunbury memang tak jauh tapi jalan dia gelap kemain, hutan je tepi nasib ada satu dua kereta jadi peneman. Ada satu 4WD memang letak spotlight kat ats kereta, dari gelap terus rasa siang. haha.
Hari terakhir sebelum balik memang plan nak datang donnybrook untuk aktiviti apple picking. dah siap contact Diana (owner) untuk appointment. Aktiviti yang paling tak sabar, batak kan. Kalau ada yang nak buat apple picking bila datang Perth nanti boleh la nak pergi sini dalam bulan 4-6 dan boleh contact direct pada owner, Diana. Phone: 08 9731 6214 Email:diana@organic-orchard.com.au. Ladang epal ni terletak di 19724 South Western Highway, Donnybrook, Australia near tow Newlands. Rasanya nilah satu-satunya ladang epal yang menawarkan PYO (pick your own) di sekitar Perth.
Lampu jalan di pekan Donnybrook
Kawasan masuk ke ladang
melawat kebun sayur dulu
tomato, diana bagi rasa terus cepat-cepat bagi kat husband.
Ada kale, cili padi, brokoli dan herbs
lavender belum berbunga
Ha, tudia. teringat rambutan di Malaysia
banyakkan buah dia,rimbun
Variety : apple lady
Epal berjuntaian
A row of apple trees, rasanya yang ni variety red delicious
jatuh jadi baja haha
Diana showed us how to choose and pick an apple
Apple lady belum cukup matang
an apple
Hana jakun tengok ayam, mak dia kejar ayam pon pernah
Diana showed us part of fruit processing systems (cleaning)
how they grade the apples
Fees untuk masuk PYO apples adalah $10 per person including 1kg of apples to bring home :)
Apple fun park dalam gelap tadi, besar kan. Dalam perjalanan balik dari Donnybrook ke Perth
Hi there. May I know how long it takes to drive from Bunburry lighthouse to spring valley orchard? Cindy from Malaysia
ReplyDeletehi cindy for late reply. it was just 20-30 mins to reach the orchard from bunbury.
Deletesorry for late reply
Delete