Pages

Monday 18 May 2015

Perth : Roadtrip ke Margaret River Part 1 (Lake cave)

Kami memulakan perjalanan selepas subuh, dalam pukul 5.30. Penting untuk bertolak awal dengan adanya anak kecik supaya perjalanan lebih smooth. Tiada tol pada setiap exit, sebab itulah roadtrip di sini tersangatlah berbaloi. Sepanjang perjalanan pemandangan biasa-biasa saja, hutan-hutan dan belukar sahaja. 8.30 pagi, sampai di destinasi pertama, Margaret River Farmers Market atau pasar tani. Macam pasar tani di malaysia juga, pasar ni menghidangkan, tidaklah menghidang, harus dibeli semua itu. Sayuran, buahan yang segar bugar baru dipetik di ladang dan produk-produk organik macam sabun, almond milk dan madu. Maklumat tentang pasar ini :

BILA        : Setiap hari sabtu (DEC-MARCH)
MASA      : 7.30 - 11.30 am
TEMPAT : Margaret River Education Campus (lot 272 Bussell Hwy, MR) 
Untuk maklumat lebih-lebih,boleh pergi ke website http://www.margaretriverfarmersmarket.com.au/



Baru dipetik sehari sebelum, sangat crunchy dan manis. 
Bermacam variety epal yang ada, pilih saja mana berkenan. 
Boleh dicuba sebelum beli, itu yang saya suka. kehkeh

Buah yang sedang musim, buah epal dan plum. Jangan tertipu dengan
warna hijau epal golden delicous itu, tidak masam malahan menjadi kesukaan.


Perjalanan diteruskan sebab mengejar cave tour pukul 9.30. Margaret River ni banyak gua yang cantik, pilih saja mana berkenan. Antara gua yang famous, Jewel Cave, Mammoth Cave dan Lake cave. Kali ni kitorg pilih Lake Cave untuk diteroka sebab ramai kata gua ni paling cantik antara gua-gua yang ada, jom kita tengok adakah memang catik atau sekadar indah khabar dari rupa.


Info mengenai gua, bolehlah untuk siapa yang rajin baca


Replika gua

Info lagi dan itu pintu masuk 


Masa sampai tu memang beratur panjang, maklumlah long weekend. Hajat hati untuk menyertai lake tour pukul 9.30 pagi hampa, terpaksa dianjak ke pukul 11 kerana kelimpahan orang yang sangat ramai. Bagi yang datang ketika musim cuti, silalah booking dahulu ataupun datang awal setengah jam dari masa tour tersebut. Jika tidak hampa seperti kami dan jadual perjalanan agak terjejas. So, sementara tunggu makan-makan di kawasan yang disediakan atau anda boleh berkunjung ke cafe bersebelahan dengan pintu masuk kaunter tiket untuk menikmati aneka kopi. 5-10 minit sebelum tour bolehlah kalau nak bergerak ke pintu masuk.


Pandangan dari atas

Lihatlah tangga-tangga itu, 300 stairs down. 

Pandangan dari tempat mendengar taklimat sebelum masuk

Taklimat sebelum masuk

Pintu masuk, Cantik bukan? 

Tasik itu yang memberikannya nama

Terlalu cantik

Maafkan gambar mereka itu, saya cuba untuk tunggu mereka 
memberi laluan untuk saya mengambil gambar tapi hampa 

"Suspended table",  one of the only formations of its kind in the world


This is my first experience masuk gua, tidak ku sangka begitu cantik sekali. Tips masuk Lake Cave :

  • Bagi yang mempunyai masalah kesihatan dinasihatkan memilih gua yang lebih friendly
  • Memakai kasut yang bersesuaian
  • Bagi yang membawa anak kecik, sila pakai baby carrier untuk kesenangan dan keselamatan bersama
  • Banyakkan bersabar naik tangga.fuh!300 stairs! Good luck
  • Harga tiket, masa dan info- info lain, boleh terus ke website         http://www.margaretriver.com/operators/7706














0 comments:

Post a Comment