Hi semua. Hari tu tertengok kawan di Perth buat kek karamel ni dekat fb dengan muka tak malu mintak resepi. Saja nak cuba. First time buat memang terasa sangat leceh kek ni. Tapu bila buat kali seterusnya sebenarnya buat kek ni sangatlah senang. Lupa nak bagitahu kek ni sangatlah sedap, lembut dan sangat creamy gituu.
Nampak sedap sangatkan? Memang sedap.
Resepi ni saya ambil daripada blog Azimah Mohd. Terima kasih atas resepi yang sangat best ni. Resepi ni menggunakan sukatan cawan, mungkin lebih friendly untuk semua terutama yang tidak mempunyai weight scale.
Gula hangus
2-3 sudu besar gula
Loyang 8 inci
Cara-cara
2-3 sudu besar gula
Loyang 8 inci
Cara-cara
- Letakkan 2-3 sudu ke dalam loyang
- Panaskan atas api yang perlahan ( boleh juga panaskan dalam peiuk berasingan kemudian ratakan dalam loyang kemudian )
- Biarkan gula mencair dan matikan api apabila keperangan
- Ketepikan
Puding
1 tin susu cair
3 biji kuning telur
2 biji telur
1/2 cawan gula
1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara
- Masukkan 3 biji kuning telur dan 2 biji telur ke dalam bekas dan kacau perlahan
- Masukkan susu, gula dan esen vanilla dan kacau sebati
- Bila dah sebati, tapiskan adunan ke dalam loyang gula hangus tadi
- Ketepikan
Kek
*Meringue
6 biji telur putih
1/4 cawan gula
Meringue
cara-cara
- Putar telur putih sehingga berbuih
- Masukkan gula
- Putarkan dengan kelajuan tinggi sehingga menjadi meringue
- Ketepikan
* Adunan kuning telur
3 biji kuning telur
1/2 cawan air
1/4 cawan minyak masak
1/4 cawan gula
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
Putar kuning telur, air, minyak dan gula sampai putih
cara-cara
- Ayak tepung dan baking powder
- Putar kuning telur, air dan minyak masak sehingga putih dan gebu
- Masukkan gula dan putar lagi sehingga kembang
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau sebati secara kaup balik
- Masukkan meringue dan sebatikan secara kaup balik
- Bahagikan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan mengikut kegemaran masing-masing
- Sudukan ke atas puding tadi dengan berselang seli. 4 sudu pertama untuk setiap warna, 3 sudu kedua untuk setiap warna, 2 sudu ketiga untuk setiap warna dan 1 sudu keempat untuk setiap warna.
- Bakar secara bain marie selama 50 minit atau sehingga masak
- Sejukkan kek, apabila telah sejuk terbalikkan kek atas pelapik kek atau pinggan
- Lapkan lelehan air gula hangus bagi mengelakkan diserap oleh kek dan menjadikan kek lembap.
- Potong kek apabila benar-benar sejuk
- Sedap dimakan apabila sejuk.
Setelah diselang selikan
Bila dah betul-betul sejuk, kek akan merenggang dari cake tin
Lapkan lebihan gula hangus
Potong apabila benar-benar sejuk
SEPERTI YANG DIJANJIKAN DAN MEMUDAHKAN KERJA SEMUA SAYA SERTAKAN DENGAN VIDEO DI BAWAH. SELAMAT MENCUBA.