Pages

Sunday, 22 November 2015

Bercuti ke New Zealand : Day 3 (Hooker Valley)

Mt. COOK

Hari ketiga di NZ adalah hari yang sangat membosankan sebab cuaca tak nak bekerjasama. Mereputla dalam bilik kan walaupn forecast kata hujan kejap tapi jangan mudah percaya. Percayalah cuaca dekat Mt cook sangat susah diramal. Semalam punyalah panas, langit membiru. Malam tu tup-tup angin kuat kemain, kalau keluar bilik memang rasa nak terbang and of course sangat sejuk. Coverage internet vodafone dekat Mt. cook tak berapa nak bekerjasama so sebagai alternatif untuk orang yang tak boleh berpisah dengan media sosial ni kan haruslah menggunakan internet berbayar hotel. Nasib murah, NZD4/ day. Ada beberapa benda lain yang korang kena tahu pasal hotel dan Mt. Cook :

  1. Mt. Cook hanya ada 1 petrol station dang rupanya tidaklah seperti petrol station haha
  2. Kebanyakan hotel (macam lah banyak, ada 3-5 hotel) ada coin-operated washing machine and dryer. Yeay, boleh basuh baju
  3. Mt cook ada banyak walk trail : the famous one, Hooker valley, Kea Point walk, Tasman valley dan banyak lagi, pilih mana yang berkenan di hati dan jarak setiap track adalah berlainan
  4. Cuaca tidak menentu
  5. Sangat cantik dan langsung tidak membosankan ;p
  6. Kawasan hotel-hotel, campsite dan petrol station dikenali sebagai Mt cook village (satu-satunya village di Mt cook yang saya tahu lah)

Nasi goreng

 Petrol station (hanya menggunakan card)


HOOKER VALLEY

Pagi tu after breakfast, terus drive selajunya ke hooker valley track sebab kata si forecast tu 4 jam je tak hujan. Mula-mula nampak lah jugak sinar cahaya matahari. Kejap ada, kejap tak de. Kalau nak try hooker valley track ni ambil masa 4 jam pergi-balik, kena bersedia segala baju (baju hujan) sebab cuaca tak menentu boleh berubah beberapa kelip mata, sila bawak air dan yang pasti view last tu orang kata sangatlah cantik, Hooker glacier lake siap ada bongkah ais. Track ni akan melalui jalan yang cantik, 3 suspension bridge dan dijamu dengan view mountains yang sangat cantik dan air sungai berwarna milky turqoise.

The start, nampak tak sinar matahari yang segan silu tu

Sebenarnya belakang view ni merupakan campsite untuk
 campervan atau motorhome 

Teringin pulak nak naik campervan bangun 
bukak tingkap nampak view ni kan

Yes, taken from campsite 

Jalan menuju ke Hookey Valley

View from first bridge

First suspension bridge

Tidak dapat dipastikan lake apekan nama diberi

Look at the colour

The track

 Close up 

My husband gigih berbabywearing, 
dekat sini boleh je pakai stroller taw, 
kawan i dah berjaya pun sampai ke penghujung

Jangan takbur, kita ni hanya hamba Allah yang kerdil

Cita-cita terpaksa dikuburkan disebabkan hujan yang melebat, 
hanya sampai second bridge 

Second bridge sahaja, moh la kita balik. aku kecewa

Pengalaman di Hooker Valley antara yang best dalam hidup. Memang terasa kerdil sangat bila dikelilingi gunung-ganang yang besar. Lepas balik dari Hooker Valley memang kitorang stay je dalam hotel sebab cuaca tidak mengizinkan sepanjang hari. 






Bercuti ke New Zealand : Day 2 (Scenic route Christchurch ke Mt. Cook)

Assalamualaikum semua,

Haila, harus mendesak dan memaksa kemalasan yang tengah menyelubungi seluruh jasad. 2-3 hari ni i memang tak boleh berapa nak melelapkan mata, banyak benda nak kena pikir. Rasa nak meletup kepala, amboi over macam ada bom je kan kat kepala tu kan. Dah cukup berusaha dah rasanya tapi mungkin tak cukup lagi ni, nak nangih.

Hari kedua kitorang dimulakn dengan bacaan doa bangun tidur dan mandi serta breakfast seperti biasa. Hana memang jenis suka makan, kalau tak memang cranky tahap mak dia pun rasa nak guling dekat ladang kambing. So, setiap meal tu pun memang tak boleh skip wajib ada makanan. Jadinya breakfast tu kitorang makan roti dengan nutella, lepas tu panaskan kuah carbonara semalam sebab nak bawak bekal untuk lunch.

RAKAIA GORGE
Kitorang keluar awal hari tu sebab perjalanan hari kedua jauh jugak (Christchurch-Mount Cook) dan kitorang decide lalu ikot jalan jauh tapi scenic route ni jangan main-main hasil research dekat tripadvisor haha. Dari Christchurch-Mt. cook, kitorang lalu Geraldine, singgah dekat Rakaia Gorge, ke Fairlie, singgah di Lake Tekapo, Lake Pukaki dan akhirnya sampailah ke Mt Cook.

400++km for second day

Snow-capped mountains

Penduduk tetap NZ ;p

Lembu dia semua sado-sado

Kambing meragut

Macam lukisan kan

Dah nak sampai Rakaia Gorge

Nampak tak air yang membiru tu, tulah Rakaia river

Sampai dah Rakaia gorge

Sapa berani boleh mandi, terlalu sejuk

One-lane bridge

Rakaia Gorge

Rakaia gorge ni sebenarnya salah satu centre untuk jet boat ride tapi kitorang idoklah mencuba dengan anak kecik ni. Kalau takde anak kecik pun memang taklah nak cuba kan, seram. Banyak aktiviti lain yang boleh kita buat dekat sini antaranya tramping sepanjang track Rakaia gorge, memancing, nak mandi pon boleh kalau rasa kulit tu kulit buaya tembaga (sejuk uii). Kitorang singgah sini tak lama, cuma acah-acah masukkan kaki dalam air lepas tu nyesal sebab sejuk sangat kan. Dari Rakaia gorge kitorang teruskan perjalanan, lalu one-lane bridge dalam gambar dekat atas tu. NZ memang banyak one-lane bridge so memang kena tengok betul-betul signboard kenderaan mana yang jalan melalui bridge dulu.

Canola field, canola ni sejenis tumbuhan untuk menghasilkan 
minyak  macam kelapa sawit dekat malaysia. 
Cantik kan tapi bau dia kena banyak sabar

Berhenti pergi toilet, cantiknya, cantiknya

Pantang nampak tempat boleh berhenti, the main problem
 driving through NZ rasa nak ambik gambar setiap minit dan saat

Kita isi minyak dulu. Macam biasa, harga minyak dekat
pendalaman lagi mahal dari yang dekat bandar.
Purata harga minyak dekat NZ lebih kurang NZD2/litre

Ini bukan lukisan, ini bukan canvas dan ini bukan gambar google.
 Lake Tekapo

Air membiru

LAKE TEKAPO
Lake Tekapo merupakan antara tempat wajib pergi kalau datang South Island NZ (NZ must do). Pergilah cuaca macam mana pun, matahari tegak berdiri ke, kilat sambar menyambar ke, hujan lebat ke air Lake Tekapo memang gitulah warnanya (milky turqoise) terhasil daripada kehadiran zarah-zarah fine rock flour dari glacier. Sebab tu lah lake dekat NZ ni warna dia macam letak pewarna kan. Banyak ativiti sebenarnya boleh dibuat dekat Lake Tekapo ni. Kalau rasa nak berendam sangat dekat Lake Tekapo ni baiklah pergi dekat Tekapo Springs Hot Pool kalau tak nak beku sambil berendam sambil tengok view southern alps, mana nak dapat lagi pengalaman macam ni kan. 

Selain itu, boleh cuba walking trail, nak duduk main air pon boleh tapi memang tak nampak pulak orang memancing haha. Bagi yang berminat nak merakamkan milky way dan bintang-bintang, Lake Tekapo merupakan tempat yang paling sesuai kerana kedudukan yang jauh dari bandar dan disediakan campsite bagi campervan atau motorhome betul-betul depan Lake Tekapo ada disediakan, tidurlah anda dilangiti dengan bintang-bintang haha. Bagi yang memilih memandu kereta macam kitorang, banyak hotel dan motel yag boleh disewa di Lake Tekapo. Tak jauh dari Lake Tekapo adalah Lake Pukaki, my favourite lake. Kecantikannya menawan hatiku, subhanallah tidak tergambar dengan kata-kata sungguh indah ciptaanMu pasti syurgaMu sangat indah. Warna air yang tak jumpa di mana-mana dan yang pasti melihat di depan mata 1000 kali lebih cantik dari dalam gambar. 

Main air jelah

Lake Tekapo

The famous Church of the Goos Sepherd di Lake Tekapo


LAKE PUKAKI

Lake Pukaki

Lake Pukaki (bukan hasil edit)

One of scenic road, Lake Pukaki to Mount Cook melalui Lake Pukaki

Blue turqoise water and snow-capped mountains

Bukan ditambah pewarna (gambar dari dalam kereta)


Mt. COOK

Bila dah nampak view macam ni maknanya kita 
menghampiri perkampungan yang sangat terpencil yang 
sangaaaaaaatttt awesome

Dikelilingi gunung ganang 

Yeay, nak sampai hotel dah

Mount cook

View from our room :)

Close up

Kitchen, a must have!

Dalam pukul 5 baru kitorang sampai hotel di Mt. cook, bayangkan keluar lepas subuh sekarang baru sampai. Itu pun banyak skip tempat-tempat best, nak nangis taw tapi nak buat macam mana percutian kitorang pun tak lama. Oh, malam itu kitorang menginap dekat Mount Cook Lodge & Motel, tak mampu i nak duduk Hermitage hotel. First, kena tahu yang dekat Mt cook ni tak ada supermarket so kalau nak beli groceries beli siap-siap sebelum masuk State highway 80. Bandar yang paling dekat dengan Mt cook lebih kurang 40 min, Twizel. Malam tu kitorang memang tidur nyenyak letih punya pasal dan makan nasi microwave haha. Easy ma. Bye.