Kita masih lagi di Queenstown. Kepada yang mintak bajet roadtrip ke NZ hari tu insyaAllah saya summarize dekat entry akhir NZ ok. Tapi macam yang saya tekankan sebelum ni bajet ni mengikut keselesaan family kitorang dan tiket flight kitorang ke NZ dari Adelaide. Sebenarnya kan macam menyesal tak duduk lama dekat QT sebab banyak tempat kitorang tak explore, kalau ikutkan nak explore semua memang makan seminggu. Hari last kitorang dekat QT memang sedih sangat nak tinggalkan tempat cantik macam ni kan. Bangun pagi memang awal terus basuh dan keringkan baju tapi satu yang korang kena tahu hotel ni tak provide sabun basuh dan kalau beli sabun basuh dekat kaunter harganya mahal bagi kitorang. So take note ok hehe.
CORONET SKI FIELD
Lepas dah check out, kitorang ingat nak pergi naik gondola dekat Skyline Queenstown tapi hampa cuaca hari ni pun amat mengecewakan, i nak nangis kenapa begini, padahal sebenarnya tu alasan taknak naik sebab gayat. Terus google tempat mana best pergi masa hujan hahaha. Tiba-tiba ternampak gambar orang post dekat insta pasal Coronet Peak Ski Field. Terus google road condition and weather dekat sana, yeay alhamdulillah. Set GPS pergi Coronet Peak. Kalau datang NZ memang kena selalu tengok forecast dengan road condition sama ada jalan buka atau tutup lebih lagi jalan menuju ke tempat tinggi. Jalan ke Coronet Peak kurang extreme kalau dibanding dengan jalan ke The Remarkables. Masa kitorang pergi tu dah habis dah musim main ski, so kepada yang nak main ski tu boleh la pergi masa winter (bulan 6-9).
Menuju ke Coronet peak Ski Field
Sampai dekat parking utama Coronet Peak Ski Field, view dari sini subhanallah cantiknya.
Itu dia, kenapa kosong? Sebenarnya dah habis musim nak main ski.
Snow pun tinggal sikit tapi ikot forecast malam esoknya tu snow turun.
Road condition
Parking tambahan ni rasanya. Masa kitorang dekat situ ada beberapa
lagi kereta/motorhome dekat situ. Nak tengok snow katanya
View dari Coronet Peak
Ais kemain licin nak jalan
Cable car
Besar jugak tempat ni
Gigih sangat tu kan tapi memang sejuk masa tu -3
Kerana tidak ketahanan sejuk, makanya kita pun
cepat-cepat masuk kereta bukak heater dan bersedia nak balik.
Tapi Hana tu masih bersemangat, bukan senang nak ajak balik.
Bye Coronet Peak, insyaAllah ada jodoh kita main ski dekat sini ye
Sebenarnya nak turun lagi mencabar dari nak naik memang
kena slow and steady sebab jalan agak licin
Mari pulang ke pangkal jalan
Diselubungi misteri betul kalau duduk atas ni
Lake Wakatipu di situ
QUEENSTOWN SKYLINE
Check forecast dekat skyline gondola, tengok-tengok cerah. terus rasa nak melompat. Nak tak nak haruslah naik gondola walaupun i ni memang orang cap gayat. FYI parking dekat skyline gondola ni tak banyak sangat so pandai-pandailah cari tempat parking dan pergi masa tak peak hour. Jangan risau, parking dekat NZ ni kebanyakannya free. Gambar atas ni dah sampai dekat kaunter gondola skyline dan yang Hana tengah acah-acah naik ni luge nama dia. Tengok dorang main nampak macam fun tapi tengok ada sorang ni terkeluar dari track mungkin sebab terlalu laju, terus rasa seram. Boleh refer dekat sini untuk harga nak naik gondola, luge, lunch dan dinner Queenstown skyline
Mula-mula memang gayat sebab rasa terbuai-buai je gondola ni. Tak berani pandang ke bawah atau depan, tapi Hana kemain siap lompat-lompat lagi dalam gondola, oh hana seram mama tahu tak? Lepas tu husband kata "Look at the view", beranikan diri jugak nak tengok view apalah yang dorang kata cantik sangat tu kan. Subhanallah, bila tengok view ni lupa dah gayat tu apa.
kami dah sampai 1/4 perjalanan ke atas
Hello the gorgeous QT
View belah kanan
Rasa kerdil
Queenstown from Skyline gondola
Luge
Kambing tu tertinggal dekat hotel mana dah tak ingat
Dekat atas tu ada tempat duduk-duduk, ada cafe dan small playground for kids
Made from beans
Sekarang tahu kan kenapa saya suka sangat dengan QT
LAKE HAYES
Singgah Lake Hayes on the way dari QT ke Wanaka.
Cantik sangat Lake Hayes ni
Dekat Lake Hayes ni memang ada track untuk berjalan atau berbasikal sejauh 8km sambil menikmati pemandangan. Tidak jemu dipandang. Kitorang singgah kejap je dekat sini sebab nak kejar masa. Kitorang teruskan perjalanan walaupun jarak dari QT ke Wanaka ni dekat je tapi memang banyak tempat nak singgah. Kitorang ada singgah di pekan Arrowtown tapi jenguk-jenguk dari dalam kereta je, honestly pekan kecil ni sangat cantik. Bagi yang tidak kejar masa boleh singgah di Arrowtown.
KAWARAU BRIDGE
Singgah dekat tempat aktiviti buggy jumping di Kawarau Bridge.
Selalu orang kata air dia warna biru gitu tapi hari ni macam warna kopi susu
dah sebab malam nya hujan.
The bridge
Viewing area
CROMWELL
Kitorang teruskan perjalanan dan singgah dekat pekan Cromwell. Tengok simbolik tu pun dah tahu kan pekan ni pekan apa kan? Pekan penanaman stonefruit tapi masa kitorang pergi belum musim lagi. Stonefruit berbuah musim panas (dec-march).
Singgah beli natural ice cream untuk budak kecil ni.
Terus diam menikmati sangat. Padahal itu frozen berries yogurt.
Masam, tak manis tapi Hana suka sangat.
Fruits farm
Sangat kemas
Sepanjang Cromwell hampir ke Wanaka akan melalui Lake Dunstan yang sangat cantik.
WANAKA
Sampai je Wanaka kitorang terus check in dekat motel, Manuka Crescent motel, a very nice hotel. Harga bawah NZD100, ada dapur, ada balkoni, ada washing machine dan dryer dan bilik sangat luas. Yang penting wifi free dan staff sangat friendly.
After check in dan solat, kitorang menuju ke Glendhu Bay, gambar di atas on the way dari Wanaka ke Glendhu Bay. Dalam perjalanan ke Glendhu bay akan lalu Rippon Vineyard (dikatakan ladang anaggur yang paling canik di NZ) tapi masa kitorang sampai tu dah tutup. Sedih la jugak kan. Nak jugak tengok dengan mata sendiri tapi tak de rezeki, mungkin rezeki lain kali eh eh.
GLENDHU BAY
Glendhu bay
Air yang sangat jernih dan sangat sejuk
Budak kebal sejuk
Padang ragut sepanjang jalan
Lembu pulak
Depan Ribbon vineyard
Main singgah janji ada jalan masuk
Cantikkan?
PEMBROKE PARK
Pembroke Park
Bunga pink mengindahkan lagi Wanaka yang sedia indah
Pembroke Park
Playground cantik
Sunset
Till we meet next day ;)